Mulanya Disangka Kembar Tujuh, Wanita Berusia 25 Tahun Berjaya Melahirkan Anak Kembar Sembilan

Pada Mulanya Disangka Kembar Tujuh, Wanita Berusia 25 Tahun Berjaya Melahirkan Anak Kembar Sembilan. Seorang wanita warganegara Mali berjaya melahirkan kembar sembilan di Magribi.Mulanya Disangka Kembar Tujuh, Wanita Berusia 25 Tahun Berjaya Melahirkan Anak Kembar Sembilan

Wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Halima Cisse diterbangkan oleh kerajaan Mali ke Maghribi bagi mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik selepas disahkan mengandung.

Pada mulanya imbasan ultrasound yang dilakukan di Mali dan Magribi menunjukkanWanita ini hamil kembar tujuh. Namun tanggapan itu tidak tepat apabila wanita melahirkan kembar sembilan.

Menurut sumber, Halima Cisse telah berjaya melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki melalui pembedahan.

Mulanya Disangka Kembar Tujuh, Wanita Berusia 25 Tahun Berjaya Melahirkan Anak Kembar Sembilan

Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik setakat ini,” kata Menteri Kesihatan Mali Fanta Siby yang turut mengucapkan tahniah buat pasukan perubatan Mali dan Magribi atas kejayaan kehamilan luar biasa ini.

Sebelum ini doktor memberitahu kebimbangan mereka dengan tahap kesihatan si ibu dan peluang anak-anaknya untuk terus hidup.

Mulanya Disangka Kembar Tujuh, Wanita Berusia 25 Tahun Berjaya Melahirkan Anak Kembar Sembilan

Tambahnya lagi si ibu, Halima Cisse dan semua bayinya dijangka pulang dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Sama-sama kita doakan semoga si ibu cepat sihat dan keluar hospital dan semoga kesemua anaknya membesar dengan baik.

Perkembangan beberapa bulan kemudian. (UPDATE)

Halima Cisse ketika ditemui selepas hampir 3 bulan melahirkan bayi-bayi kembarnya memaklumkan dia memerlukan 100 lampin dan enam liter susu sehari untuk keperluan mereka.

Menurutnya lagi, dia dan suaminya sangat gembira dan mereka masih lagi berhasrat untuk menambah lebih ramai anak jika berkesempatan.

Facebook Comments Box