Mulut Ternganga Luas, Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Pelik, Terbaring Melintang Atas Motor Di Tengah Jalan

Boleh dikatakan setiap orang pasti akan pernah berdepan dengan masalah rasa mengantuk dan rasa mahu melelapkan mata apabila memandu dalam satu perjalanan yang jauh.Mulut Ternganga Luas, Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Pelik, Terbaring Melintang Atas Motor Di Tengah Jalan - sajagempak.com

Namun begitu satu kejadian yang berlaku di Thailand ini agak pelik apabila seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring tidak bergerak dan mulutnya ternganga diatas sebuah motosikal.

Tak cukup dengan itu, motosikal itu pula berada di tengah-tengah jalan.

Beberapa orang yang bingung melihat lelaki ini kemudian menghampirinya dan menyedari bahawa dia sebenarnya sedang tidur nyenyak, mungkin kerana kepenatan.Mulut Ternganga Luas, Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Pelik, Terbaring Melintang Atas Motor Di Tengah Jalan - sajagempak.com

“Bangun. Kau sedar tak kau sedang tidur di tengah jalan? Tolong bangun,” ujar salah seorang lelaki yang menemui penunggang motosikal tersebut.

Lelaki tersebut kemudiannya bangun selepas dikejutkan, tapi kelihatan bingung dan keliru dengan keadaan sekeliling. Walaubagaimanapun, dia kemudian memberikan isyarat dua jari menunjukkan bahawa dia tiada ada apa-apa. Lelaki ini juga tidak mabuk dan mungkin cuma kepenatan.Mulut Ternganga Luas, Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Pelik, Terbaring Melintang Atas Motor Di Tengah Jalan - sajagempak.com

Penunggang motosikal itu kemudian meminta kumpulan lelaki tersebut untuk menolong menghantarnya ke rumah kerana dia masih merasa tidak berdaya untuk menunggang motosikalnya sendiri ke rumah.

VIDEO:

Tidak dapat dipastikan sama ada penunggang motosikal ini mempunyai apa-apa penyakit. Walaubagimanapun di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kumpulan lelaki yang menemui penunggang motosikal berkenaan dan membantunya.

Kredit: thethaiger

Facebook Comments Box