Murid Suka Merayap, Usik Kawan Tak Reti Duduk Diam, Sekali Nenek Dia Datang Jumpa Cikgu Dan Ceritakan Hal Sebenar

Kanak-kanak sememangnya mempunyai pelbagai karenah yang boleh memeningkan kepala orang dewasa. Ini juga termasuk murid-murid di sekolah yang punyai pelbagai yang menjadi cabaran buat mana-mana guru untuk handle mereka.sajagempak.com - Murid Suka Merayap, Usik Kawan Tak Reti Duduk Diam, Sekali Nenek Dia Datang Jumpa Cikgu Dan Ceritakan Hal Sebenar

Baru-baru ini satu kisah yang dikongsikan oleh pengguna akaun facebook, Pe Chey yang juga seorang guru menjadi tular berkenaan seorang murid nakal.

Ini nenek anak murid aku. Semalam dia datang mengadu. Cucunya takut aku denda. Aku senyum. Kes begini biasa. Cucunya tak reti duduk. Suka berjalan, usik kawan, susah nak buat, siapkan kerja. Semua cikgu mengadu.

Aku pun ceritakanlah kisah.

” Kak, cucu akak, tak boleh duduk diam. Dia suka merayap, pergi tandas lama, suka kacau kawan, saya susah nak kawal.”

Neneknya ni barulah cerita.

Mak ayah budak ni, dah berpisah. Ayahnya tak sihat. Maknya tak tau ke mana. Maka, neneknya inilah yang menjaga. Dia saja bekerja. Suami dah tak sihat. Kerja sebagai seorang cleaner. Berapa sangatlah gajinyakan?

Aku terdiam. Kes begini biasa dah berlaku.

” Esok, kalau kakak free, kakak datang, saya bagi barang sikit. Kalau kakak boleh datanglah.”

Dia datang tadi, hanya naik motor usang. Dia siap guna voicemail. Aku paham pahamkan je apa dia cakap, sebab dia ngaku, dia pun tak pandai baca sangat.

” Ini, ada orang bagi duit kak, saya tukang bagi saja. Harap dapat tolong akak sikit.”

” Terima kasi, terima kasi cikgu banyak banyak. Itu tuhan Allah kasi jaga sama cikgu baik baik.”

Pandai jugak akak ni. Aku senyum.

” Warna kulit, fahaman agama tak membezakan naluri kemanusiaan saya yang tinggi kak.”

Aku bermetafora sendirian sambil saksikan akak menjinjing beg dengan wajah girang.

Sebuah beg, penuh barang dapur buat mengalas perut perut yang kelaparan.

#NfI

sajagempak.com - Murid Suka Merayap, Usik Kawan Tak Reti Duduk Diam, Sekali Nenek Dia Datang Jumpa Cikgu Dan Ceritakan Hal Sebenar
Pe Chey

Ada beras, ada minyak masak, ada susu pekat, ada bihun, ada sardin, ada biskut, ada serbuk teh, ada gula, ada tepung, ada maggi dan ada sikit jajan untuk budak budak.

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
564221646925
Maybank.

Sumber/Kredit: Pe Chey

Facebook Comments Box