Biasanya, bagi mereka yang sering memasak mesti pernah mengalami situasi dimana ada haiwan yang tidak diingini seperti cicak, lipas dan semut masuk ke bekas bahan-bahan makanan ataupun makanan yang sudah siap. Kalau berlaku keadaan seperti ini, mesti semua berasa bengang bukan?
Satu perkongsian daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Anis di Group Facebok Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHN) menjadi tular baru-baru ini dan mendapat perhatian netizen. Kisahnya, ketika wanita ini baru sahaja mahu buat pisang dan cempedak goreng, dia dikejutkan dengan sesuatu yang membuatkannya tergaman.
Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja seekor anak burung yang datang entah dari mana tiba-tiba jatuh ke dalam bekas bancuhan tepung pisang dan cempedak goreng. Anak burung itu masih lagi hidup dan bergerak-gerak dalam bancuhan itu.
Tak tahu nak gelak ke nak nangis ni. Memang masak tak jadi malam ni.
Baru nak buat pisang dan cempedak goreng. Tak dan isi pisang dengan cempedak kau yang masuk dulu ye. Memang nak suruh aku goreng kau ke. Hidup lagi tu. Berenang-berenang lagi kau dalam tu ye. Lahaiii sabar sahaja la.
Perkongsian wanita itu menjadi tular sehingga mencecah 19 ribu tanda suka di facebook dan lebih 1.5 ribu komen. Rata-tara netizen terhibur dan tergelak dengan situasi wanita itu meskipun pada masa yang sama turut bersimpati kerana bancuhan tepungnya sudah kena ‘kacau’ dan tak jadi nak masak. Menurut wanita ini lagi, burung itu telahpun dibersihkannya dan dilepaskan.
Jangan risau semua. Saya dah cuci dan bersihkan dia. Burung ni dah selamat balik kat keluarga dia dah pon. Alhamdulillah dia okay sahaja. Tak ada cedera mana-mana.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang melucukan dan menghiburkan.
Burung ni suka buat hal
Ada juga yang turut menceritakan pengalaman mereka yang mengalami keadaan yang sama seperti wanita ini.
Kredit: Nurul Anis