Nakkan Suami Bergaji RM2,000 Minimum, Gadis Tak Yakin Pemandu Lori Boleh Bahagiakannya

Seorang Gadis Mahukan Seorang Suami Bergaji Sekurang-kurangnya RM2,000 Minimum, Tapi Dia Tak Yakin Gaji Pemandu Lori Yang Berkenalan Dengannya Boleh Bahagiakannya Sebelum Termalu Sendiri.Nakkan Suami Bergaji RM2,000 Minimum, Gadis Tak Yakin Pemandu Lori Boleh Bahagiakannya - sajagempak.com

“I tak yakin you mampu bahagiakan I”. Demikian kata seorang gadis kepada teman lelakinya yang bekerja sebagai pemandu lori, seolah-olah memberi bayangan enggan lagi meneruskan hubungan mereka.

Paparan skrin perbualan WhatsApp antara pasangan itu tular di Twitter sehingga menjadi topik perbualan hangat netizen. Menurut wanita itu, dia memerlukan suami yang memiliki gaji RM2,000 untuk menanggung kehidupannya selepas berkahwin.

Nakkan Suami Bergaji RM2,000 Minimum, Gadis Tak Yakin Pemandu Lori Boleh Bahagiakannya - sajagempak.comTidak melatah, lelaki itu menghantar gambar slip gajinya yang memaparkan pendapatan sekitar RM4,700 sebagai pemandu lori. Tindakan itu ternyata menyebabkan wanita berkenaan terkejut dan menarik semula kenyataan awalnya.

“Apa? Wow! Kenapa tak pernah bagitau I. OK bila you nak masuk meminang?” soal gadis itu.Nakkan Suami Bergaji RM2,000 Minimum, Gadis Tak Yakin Pemandu Lori Boleh Bahagiakannya - sajagempak.com

 

Perbualan selanjutnya bagaimanapun tidak dapat dipastikan kerana hanya sebahagian paparan skrin yang menjadi tular di Twitter. Namun, netizen pantas menjadikan topik itu sebagai perdebatan dengan melihat apa yang berlaku dari sudut pandang lebih besar.

Malah, ada yang turut berkongsi kisah sendiri, lebih kurang sama dengan apa yang ditularkan itu.

“Si perempuan tu baru keluar gua ke? Gaji driver lori pun tak tahu berapa?

“Bodoh sebab dua benda. Satu, tak tahu gaji driver lori besar. Dua, fikir RM2,000 tu tak cukup.

“Alhamdulilah saya dengan pemandu lori, saya suka dia sebab dia pendiam dan senyum je, jujur cakap saya yang usha dia. Dah dua tahun kawan baru tahu gaji dia berapa, Alhamdulilah kami dah bersama enam tahun.

“Dia bukan mata duitan. Dia cuma mahukan jaminan,” tulis beberapa netizen.

Selain kecaman, tidak kurang juga netizen yang mempertahankan wanita itu yang dianggap sekadar mencari suami yang mampu menyara keluarganya kelak.

Apa-apapun, berbalik semula kepada niat anda. Pada sesetengah orang, RM2,000 sudah memadai. Ada orang lain pula, gaji RM10,000 pun belum tentu cukup. Tepuk dada tanya selera.

Kredit: Twitter @SantaiDanSampah, mStar

Facebook Comments Box