“Nampak Kelibat Gadis Kecil..” Rembat Patung Hello Kitty Dari Bangkai Kereta, Pasangan Kekasih Pulangkan Semula Patung itu Jam 2 Pagi

Pasangan kekasih mengalami mimpi ngeri apabila ‘diganggu’ selepas merembat patung Hello Kitty daripada bangkai sebuah kereta remuk yang diletakkan di tapak perlupusan sampah.“Nampak Kelibat Gadis Kecil..” Rembat Patung Hello Kitty Daripada Bangkai Kereta, Pasangan Kekasih Pulangkan Semula Patung itu Jam 2 Pagi - sajagempak.com

Pemandu kereta tersebut dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada Mei lalu dan keretanya dihantar ke tapak pelupusan sampah di wilayah Kamphaeng Phet, Thailand.

Meskipun kereta itu dalam keadaan teruk dan remuk, namun yang anehnya patung Hello Kitty tersebut dilihat ditinggalkan dalam keadaan yang masih sempurna di tempat duduk belakang. Rakan kepada mangsa (pemandu kereta) memberitahu bahawa patung Hello Kitty itu sebenarnya dibeli dan dihadiahkan kepada mendiang sebagai hadiah harijadinya.“Nampak Kelibat Gadis Kecil..” Rembat Patung Hello Kitty Daripada Bangkai Kereta, Pasangan Kekasih Pulangkan Semula Patung itu Jam 2 Pagi - sajagempak.com

Satu hari di waktu petang, pasangan kekasih dirakam berada berdekatan kereta tersebut di tapak perlupusan sampah dan dilihat mengambil patung Hello Kitty yang diletakkan dalam kereta.

Namun begitu pada jam 2 pagi keesokan harinya, pasangan terbabit kembali dengan riak wajah yang blur dan keliru dan mencampakkan patung tersebut ke tanah di apak pelupusan bahan buangan.

“Nampak Kelibat Gadis Kecil..” Rembat Patung Hello Kitty Daripada Bangkai Kereta, Pasangan Kekasih Pulangkan Semula Patung itu Jam 2 Pagi - sajagempak.com
Patung

Pemilik tapak yang menyedari perbuatan pasangan kekasih itu kemudian bingung dan berasa aneh kerana mereka sanggup datang jam 2 pagi dan memulangkan semula patung tersebut. Selepas mengetahui identiti pasangan kekasih itu, pemilik tapak pun bertanya kepada mereka sebab mereka berbuat demikian.

Pasangan itu pun menceritakan kejadian aneh yang dialami oleh mereka selepas mengambil patung tersebut. Menurut si wanita, pada malam mereka mengambil patung tersebut, dia ternampak seakan ada kelibat gadis kecil berada dalam bilik tidurnya. Malah dia juga merasakan seperti ada sesuatu yang mencekiknya.

Oleh sebab itu, kerana takut kejadian pelik menimpa mereka berulang, mereka nekad untuk memulangkan semula patung itu ke tempat asalnya.

Facebook Comments Box