Siapa sangka, rakan yang selama ini dianggap sahabat sanggup meninggalkan seorang gadis di tepi jalan pada waktu malam. Gadis yang berasal dari Terengganu ini difahamkan ke Perak untuk bekerja dan didakwa dianiaya rakannya sendiri.
Ditinggal tepi jalan berhampiran tanah perkuburan
Peniaga durian yang menyedari tingkah laku cemas gadis tersebut bertanyakan hal sebenar yang berlaku. Gadis tersebut memberitahu dia ditinggalkan rakan dan mereka sudah pergi entah ke mana.
Datang Perak untuk bekerja
Tanya dia ada kawan atau saudara mara berdekatan
Ditinggalkan Kawan Perempuan
Nasib baiklah gadis ini mempunyai saudara berhampiran Ipoh dan mereka menjemputnya pulang tidak berapa lama kemudian. Lelaki ini turut menyatakan rasa marah dengan tindakan tidak berhati perut ‘rakan’ tersebut. Walau apa pun terjadi, dia menasihati orang ramai agar tidak sesekali bertindak kejam seperti ini.
“Kawan dia kata ‘aku sebenarnya main-main je’. Apa bendalah… boleh pula macam tu. Ni gurau kasar namanya,” kata pemuda berusia 22 tahun itu.
Mengenai posting tersebut, Ariff berkata dia sekadar mahu berkongsi kisah tersebut kerana geram dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
“Saya share sebab geram… tergamak kawan sendiri buat macam tu tinggal dekat tepi kubur sorang-sorang. Cuba letak diri sendiri dalam keadaan macam tu.
“Teruk macam mana pun janganlah aniaya kawan macam tu lagi-lagi zaman sekarang ni banyak kes cuIik dan rogoI. Sebelum buat macam tu fikir dulu kesannya,” katanya.
Walaupun ramai menganggap kisah tersebut ibarat drama di televisyen, Ariff berkata insiden menimpa gadis itu adalah kisah benar.
“BIla saya post tu ramai juga kata macam drama TV. Tapi hakikatnya kisah tu betul-betul berlaku,” kata Ariff.
Sumber : kingarep_