Nelayan Taiwan Menemui Jerung Spesies Dari Zaman Prasejarah, Dipercayai Wujud Sebelum Zaman Dinosaur

Seekor ikan jerung yang berasal daripada spesies jerung yang dipercayai sudah wujud di Bumi ini sebelum kewujudan Dinosaur telah ditemui di Taiwan baru-baru ini. Jerung yang dimaksudkan adalah ikan jerung spesies ‘bluntnose sixgill shark’ yang telah ditemui oleh nelayan Taiwan dari daerah Taitung.Nelayan Taiwan Menemui Jerung Spesies Dari Zaman Prasejarah, Dipercayai Wujud Sebelum Zaman Dinosaur - sajagempak.com

Menurut Wu Jui-hsien selaku pembantu penyelidik di Pusat Biologi Marin Pantai Timur Institut Penyelidikan Perikanan, jerung ‘bluntnose sixgill shark’ ini sukar ditemui keranan ia biasanya hidup pada kedalaman 200 meter hingga 1,000 meter di bawah paras laut.

Menurutnya lagi, meskipun kebanyakan spesies jerung yang ada pada zaman sekarang telah berevolusi dan memiliki lima insang, namun jerung spesies ‘bluntnose sixgill shark’ ini masih mempunyai enam insang seperti nenek moyang mereka pada zaman dahulu.

Nelayan Taiwan Menemui Jerung Spesies Dari Zaman Prasejarah, Dipercayai Wujud Sebelum Zaman Dinosaur - sajagempak.com
Foto: CNA

Tambah Wu lagi, ikan tersebut telah ditangkap di Lautan Pasifik oleh bot nelayan yang berpangkalan di Taitung dan kemudiannya dibawa ke pelabuhan Xingang.

Chen Chin-tai yang menguruskan market ikan di Xingang memberitahu bahawa ikan jerung ‘bluntnose sixgill shark’ yang ditangkap oleh nelayan Taiwan itu mempunyai berat 420kg dan panjang lebih kurang 395 sentimeter.

Nelayan Taiwan Menemui Jerung Spesies Dari Zaman Prasejarah, Dipercayai Wujud Sebelum Zaman Dinosaur - sajagempak.com
Foto: CNA

International Union for Conservation of Nature (IUCN) telah menyenaraikan ikan jerung ‘bluntnose sixgill shark’ ini sebagai ‘hampir terancam’ dan populasinya juga semakin berkurangan.

Menurut Muzium Florida, jerung ‘bluntnose sixgill shark’ mempunyai persamaan yang hampir serupa dengan fosil yang berusia lebih kurang 200 juta tahun dahulu.

Kredit: Taiwan News

Facebook Comments Box