Nelayan Terkejut Menemui Ikan Jerung Berwajah Seakan Manusia

Seorang nelayan dari Indonesia terkejut apabila menemui seekor anak ikan jerung yang memiliki wajah kelihatan seperti manusia selepas membelah perut jerung dewasa.sajagempak.com - Nelayan Terkejut Menemui Ikan Jerung Berwajah Seakan Manusia

Lapor Daily Mail, Abdullah Nuren, 48, secara tidak sengaja menangkap ikan jerung dewasa itu yang tersangkut dalam jaringnya di perairan berhampiran Rote Ndao di wilayah Nusa Tenggara Timur.

Ketika membelah perut haiwan itu, dia menemui tiga ekor anak ikan jerung yang mana rupa salah seekornya mirip wajah manusia dengan mempunyai dua mata bulat yang besar.

“Pada mulanya, saya menjumpai seekor ikan jerung dewasa terperangkap dalam jaring.

“Keesokan harinya, saya membelah perut ibu ikan itu bagi mengeluarkan usus dan mendapati tiga ekor anak ikan jerung di dalamnya.

sajagempak.com - Nelayan Terkejut Menemui Ikan Jerung Berwajah Seakan Manusia

“Dua seperti ibunya namun seekor anak ikan jerung itu kelihatan seperti mempunyai wajah manusia,” katanya.

Abdullah kemudian membawa anak ikan jerung berwajah pelik itu ke rumahnya untuk ditunjukkan kepada ahli keluarganya yang juga membantu dia mengawetkan haiwan tersebut.

Katanya, beberapa penduduk tempatan mahu membeli anak ikan jerung itu namun dia enggan menjual kepada mereka.

sajagempak.com - Nelayan Terkejut Menemui Ikan Jerung Berwajah Seakan Manusia

“Ramai penduduk datang ke rumah saya untuk melihat anak ikan jerung itu.

“Bahkan, ramai juga mahu membelinya tetapi saya akan menyimpan haiwan itu. Saya rasa ia akan membawa tuah kepada saya,” katanya.

Sumber: Utusan

Facebook Comments Box