Nenek Bawa Cucu Guna Troli Di Jalan Raya, Cari Barangan ‘Recycle’ Untuk Sara Hidup

Bagaikan sudah menjadi satu kemestian, hampir setiap kali membuka media sosial mesti akan terbaca akan kisah-kisah rakyat yang berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah di zamn pandemik ketika ini.Nenek Tolak Cucu Guna Troli Di Jalan Raya, Cari Barangan ‘Recycle’ Untuk Sara Hidup

Baru-baru ini tular mengenai seorang nenek menolak cucunya menggunakan troli di sekitar lebuh raya DUKE di ibu negara.

Kisah nenek dan cucunya itu mendapat perhatian netizen apabila seorang wanita wanita yang dikenali sebagai Kyrina Kassim berkongsikan kisah apabila terserempak dengan mereka dalam perjalanan menaiki kereta.

Nenek Tolak Cucu Guna Troli Di Jalan Raya, Cari Barangan ‘Recycle’ Untuk Sara Hidup
Dari jauh ternampak nenek dan cucunya

Ketika didekati dan ditanya oleh wanita ini, nenek itu memberitahu dia terpaksa keluar mencari rezeki dengan mencari barangan kitar semua seperti kotak, tin dan botol kosong.

Daripada perkongsian Kyrina Kassim juga mendedahkan nenek ini tingga di sebuah PPR yang agak jauh dari lokasi tempat mereka bertemu.

Bersimpati dengan nenek dan cucunya itu, Kyrina sempat menghulurkan sejumlah duit kepada nenek berkenaan.

Nenek Tolak Cucu Guna Troli Di Jalan Raya, Cari Barangan ‘Recycle’ Untuk Sara Hidup

Namun kemudian, tindakan nenek itu sungguh terkesan apabila sebaik sahaja menerika sumbangan tersebut, nenek itu terus menadah tangan tanda bersyukur atas pemberian Kyrina.

VIDEO:

Semoga nenek ini dan keluarganya akan sentiasa dimurahkan rezeki dan tabah menghadapi cabaran hidup lebih-lebih lagi di musim pandemik sekarang ni.

Sumber: Kyrina

Facebook Comments Box