Nenek Jelita Berusia 33 Tahun, Bangga Digelar Nenek Termuda Di Britain

Kita sedia maklum bahawa biasanya seseorang itu akan automatik bergelar nenek apabila anaknya melahirkan anak. Ringkasnya, Ibu kepada bapa atau emak anda adalah digelar dan dipanggil dengan panggilan nenek. Nenek Jelita Berusia 33 Tahun, Bangga Digelar Nenek Termuda Di Britain - sajagempak.com

Bergelar nenek diusia 33 tahun, seorang wanita yang dikenali sebagai Gemma Skinner meluahkan rasa bangganya kerana mempunyai cucu di usia muda dan sekaligus mencipta rekod sebagai nenek termuda di Britain.

Gemma menjadi nenek pada minggu lepas selepas anaknya, Maizie melahirkan anak pada usia 17 tahun. Nenek Jelita Berusia 33 Tahun, Bangga Digelar Nenek Termuda Di Britain - sajagempak.comKetika anaknya, Maizie dimasukkan ke hospital, jururawat di hospital menyangkakan Gemma adalah kakak kepada anaknya (Maizie).

“Jururawat yang datang untuk memberikan suntikan epidural kepada Maizie bertanya sama ada kami ialah saudara perempuan. Kami ketawa mendengarnya kerana sering mendengar pertanyaan seperti itu,” katanya. Nenek Jelita Berusia 33 Tahun, Bangga Digelar Nenek Termuda Di Britain - sajagempak.com

Gemma melahirkan Maizie pada tahun 2004 ketika dirinya berusia 16 tahun dan dia memiliki 3 orang anak perempuan termasuk Maizie. Anak bongsunya, Bella berusia 4 tahun manakala anak keduanya, Gracie pula berusia 10 tahun pada masa sekarang.

 Nenek Jelita Berusia 33 Tahun, Bangga Digelar Nenek Termuda Di Britain - sajagempak.com

Gemma mengakui pada mulanya dia tidak berapa suka dipanggil nenek, namun lama-kelamaan dia mula suka dan berbangga dengan gelaran itu.

Facebook Comments Box