Nenek ‘Patung Silver’ Sanggup Dukung Cucu Di Tengah Panas Demi Mencari Sesuap Nasi

Kadang-kala demi meneruskan kehidupan, seseorang itu perlu mencari jalan dengan melakukan pekerjaan tak terjangkau dek fikiran walaupun usia telah mencecah lebih separuh abad.sajagempak.com - Nenek ‘Patung Silver’ Sanggup Dukung Cucu Di Tengah Panas Demi Mencari Sesuap Nasi

Itu terpaksa dilakukan oleh seorang wanita warga emas, Mumun yang mencari sesuap nasi dengan menjadi ‘manusia silver’ di tengah bandar di sekitar Tangerang, Indonesia sejak empat bulan lalu.

Memetik laporan Merdeka.com, wanita berusia sekitar 60 tahun itu mengecat hampir seluruh tubuh sebelum berdiri di tengah panas sambil mendukung cucunya Reihan yang berusia dua tahun.

sajagempak.com - Nenek ‘Patung Silver’ Sanggup Dukung Cucu Di Tengah Panas Demi Mencari Sesuap Nasi

Difahamkan, Mumun perlu menyara dan membesarkan cucunya selepas ibu bapa Reihan mengambil keputusan untuk bercerai, sekali gus mengabaikan tanggungjawab terhadap kanak-kanak tersebut.

sajagempak.com - Nenek ‘Patung Silver’ Sanggup Dukung Cucu Di Tengah Panas Demi Mencari Sesuap Nasi

Justeru demi cucu kesayangan, Mumun yang sebelum ini pernah menjadi pembantu rumah tiada pilihan lain sebaliknya terus bekerja sebagai ‘patung silver’ untuk membeli pelbagai keperluan Reihan seperti susu dan makanan.

sajagempak.com - Nenek ‘Patung Silver’ Sanggup Dukung Cucu Di Tengah Panas Demi Mencari Sesuap Nasi

Nenek dan cucu

sajagempak.com - Nenek ‘Patung Silver’ Sanggup Dukung Cucu Di Tengah Panas Demi Mencari Sesuap Nasi

Jika diperhatikan koleksi foto yang dirakam, jauh di sudut hati warga emas berkenaan berharap agar pengguna jalan raya yang berhenti di lampu isyarat dapat menghulurkan sedikit wang sekali gus memenuhi kotak duit yang dibawa.

Menurut Mumum, dialah yang membesarkan cucu lelakinya, Reifan selepas ibu bapa kanak-kanak itu berpisah dan mereka tidak pernah sekali pun datang menziarahi mahupun memberi nafkah kepada Reifhan. Jadi Mumum lah yang menjaga kanak-kanak itu seorang diri.

Mumun juga memberitahu kerjanya sebagai patung silver itu membolehkan dia mendapat pendapatan kira-kira RM14 hingga RM28 sehari.

“Yang penting dapat membeli susu buat Reihan dan makan sehari-hari,” katanya.

Sumber: Merdeka

Facebook Comments Box