“Ni Mama Sayang..” – Kerana Bekas Suami, Anak Meraung Sangka Ibunya Orang Asing Tidak Dikenali

Setiap kali penceraian berlaku, anak sering menjadi antara yang paling terkesan. lebih-lebih lagi jika mereka masih di usia yang sangat mentah dan tidak memahami apa yang berlaku kepada mak ayahnya.sajagempak.com - “Ni Mama Sayang..” - Kerana Bekas Suami, Anak Meraung Sangka Ibunya Orang Asing Tidak Dikenali

Malah, hubungan kedua-dua pihak boleh menjadi renggang apabila tiada sikap saling kerjasama atau tolak ansur. Terutama soal hak penjagaan anak yang menjadi tanggungjawab utama.

Terbaru, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan seorang wanita menangis sambil memeluk anak lelakinya. Ini apabila bekas suami dipercayai seolah-olah mahu ‘menghalang’ pertemuan anak beranak tersebut.

Menerusi posting berkenaan, wanita terbabit @Chetah_Shita meluahkan rasa kecewa.

Ini apabila mendakwa bekas suami sukar untuk memberikan kerjasama sehingga anak-anak sudah tidak mengenali dirinya.

sajagempak.com - “Ni Mama Sayang..” - Kerana Bekas Suami, Anak Meraung Sangka Ibunya Orang Asing Tidak Dikenali

“Nak jumpa anak² susah, bekas suami tak bagi kerjasama. Anak² sampai tak kenal aku ibu mereka. Korang ingat janda tu bahagia ke?,” luahnya.

Rakaman video tersebut turut memperlihatkan reaksi anaknya yang menangis dan tidak mahu dipeluk. Namun @Chetah_Shita cuba memujuk dengan mengatakan dia adalah ‘mama’ kepada si kecil itu.

Meraih sebanyak 2.7 juta tontonan dan 18,700 komen, warganet rata-rata bersimpati selepas melihat nasib malang wanita terbabit yang sering merindui dua cahaya matanya.

 

Nak jumpa anak kandung sendiri pun payah…

sajagempak.com - “Ni Mama Sayang..” - Kerana Bekas Suami, Anak Meraung Sangka Ibunya Orang Asing Tidak Dikenali

Dah cerai pun tolong fikirkan yang terbaik buat anak..

sajagempak.com - “Ni Mama Sayang..” - Kerana Bekas Suami, Anak Meraung Sangka Ibunya Orang Asing Tidak Dikenali

Malah, segelintir individu turut bertanya mengenai hak penjagaan anak selain mendoakan agar wanita berkenaan tabah serta sabar dalam menjalani kehidupan. Tapi mengikut komen ini, wanita ini yang beri hak penjagaan kepada bekas suami.

sajagempak.com - “Ni Mama Sayang..” - Kerana Bekas Suami, Anak Meraung Sangka Ibunya Orang Asing Tidak Dikenali

VIDEO:

Aduhai kesianlah pada anak-anak, mereka berhak dapat kasih sayang daripada ibu kandung. Turunkan ego masing-masing, penceraian bukan bermakna perlu pisahkan zuriat sekali. Semoga ibu bapa budak ini boleh bertolak ansur dan memberikan yang terbaik buat anak mereka.

Sumber:  @Chetah_Shita

Facebook Comments Box