Operasi MBSA ‘Membersihkan’ Perniagaan Langgar Undang-undang Umpama ‘Balas Dendam’

KUALA LUMPUR: Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ‘membersihkan’ perniagaan yang melanggar undang-undang, menerusi operasi bersepadu sekitar Bandar Baru Sungai Buloh hari ini, dianggap umpama ‘membalas dendam’ oleh peniaga di situ.sajagempak.com -  Operasi MBSA ‘Membersihkan’ Perniagaan Langgar Undang-undang Umpama ‘Balas Dendam’

Seorang peniaga terjejas, Zaidi Abdul Jalil, 56, melahirkan rasa kesal apabila MBSA tidak memberikan notis secukupnya kepada mereka sebelum menjalankan operasi berkenaan.

“Sejak dua tiga hari ini, operasi oleh MBSA terlalu drastik, cara mereka bertindak ini seperti mahu membalas dendam. Bila ada orang mengadu, dia (MBSA) bertindak balas.

“Salah sikit pun nak saman, pasang awning (sengkuap) untuk tahan air hujan pun kena saman, tangga untuk naik turun pun kena saman. Ada kedai yang sudah berpuluh tahun buat tambahan, diarahkan untuk ubah dalam tempoh 24 jam,” keluhnya.

Beliau yang menjalankan perniagaan percetakan sejak 35 tahun lalu, mendakwa MBSA mengeluarkan saman ke atas lebih 90 peratus peniaga di situ atas pelbagai kesalahan, semalam.

Tambahnya, MBSA sewajarnya melihat kesalahan yang lebih besar termasuk kewujudan kilang-kilang haram di Selangor.

sajagempak.com -  Operasi MBSA ‘Membersihkan’ Perniagaan Langgar Undang-undang Umpama ‘Balas Dendam’

Bagi peniaga nasi lemak, Ramlah Yakub, 55, tindakan MBSA merobohkan gerainya, malam tadi menyebabkan mata pencariannya terputus kerana baru sebulan kembali berniaga selepas terpaksa menutup gerai akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dulu tidak dapat berniaga selama tiga bulan disebabkan COVID-19, dan sekarang baru dapat sebulan berniaga, tiba-tiba jadi macam ni.

“Kami berniaga pun terpaksa meminjam dengan Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor). Bila dah kena tutup, macam mana nak bayar semua,” katanya.

Beliau mendakwa, sebanyak 16 gerai di kawasan itu dirobohkan malam tadi selepas mendapat notis arahan daripada MBSA.

Sementara itu, seorang penjual bunga, Asogan Muniandy, 50-an, berkata beliau dan isteri kini bingung memikirkan perniagaan mereka yang terjejas selepas diambil tindakan oleh MBSA.

“Dulu disebabkan COVID, kami tidak dapat berniaga, dan kali ini sekali lagi kami kena berhenti berniaga, macam mana mahu cari makan.

sajagempak.com -  Operasi MBSA ‘Membersihkan’ Perniagaan Langgar Undang-undang Umpama ‘Balas Dendam’

“Payung yang ada pun sudah patah, itu pun harga sudah RM500, macam mana mahu beli,” luah beliau.

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, dalam sidang medianya di lokasi tadi menyatakan operasi berkenaan dijalankan bagi menangani masalah peniaga yang melanggar peraturan dan berniaga tanpa lesen di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Katanya, sebanyak 101 notis dikeluarkan ke atas premis-premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), semalam.

Dalam operasi hari ini juga, MBSA turut merobohkan struktur tambahan pada premis perniagaan yang dibuat tanpa kelulusan MBSA seperti struktur dinding, lantai, kaki jalan serta sengkuap.

Seramai 230 anggota MBSA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiq (SPRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor turut serta dalam operasi bersepadu bermula jam 10.30 pagi tadi.

Operasi ini diadakan susulan penularan satu rakaman video oleh pengusaha gerai burger, Mohd Asri Hamid yang mendakwa pihak berkuasa pilih kasih ketika mengambil tindakan terhadap peniaga gerai di Bandar Baru Sungai Buloh yang melakukan kesalahan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap perniagaan gerai burger diusahakannya tetapi tidak kepada peniaga lain.

Sumber- Berita Harian

Facebook Comments Box