Seorang wanita mengalami hari yang tidak dapat dilupakannya ketika naik kereta untuk pergi kerja. Namun, wanita ini berasa pelik apabila kenderaan lain sering memberi hon kepadanya sepanjang jalan sampaikan dia tertanya-tanya apa yang tidak kena pada dia atau keretanya.
Mana tahu tayar pancit ke apa..dan akhirnya dia pun buka tingkap dan di satu simpang, dia pun turun untuk tengok keadaan keretanya. Berikut kisahnya.
Oh My God! Hahaha!! Pagi semalam aku keluar rumah nak pergi kerja, tapi yang aku pelik semasa memandu, setiap kenderaan tak kira lah motor atau kereta akan Hon aku!!
Aku Cuakk beb. Aku confuse ape yang tak kena dengan cara aku memandu, dah lah setiap kereta yang hon pada aku tu siap angkat dan lambai tangan sambil tersenyum manis lagi.
Aku pun buka lah tingkap nak dengar apa diorang cakap, mungkin nak beritahu tayar aku pancit, atau bonet belakang kereta terbakar ke..
Sumpah aku cuak giler sepanjang jalan orang bunyikan hon hingga aku dah rasa nak menangis wehh. Sampai simpang jalan aku berhenti tengok ada apa dengan kenderaan aku sampai semua orang bunyikan Hon.
Hahahahaha!! Maluuuu nyeeee bieee oii….orang yang berhenti nak beli nasi lemak tepi jalan tu pun menjerit HAPPY BIRTHDAY!!
Perasaan cuak tadi bertukar jadi happy sebab sporting giler orang kat malaysia ni wehhh…hahaha ..malunyaa
Suami ku punye kerja..patutla pepagi tadi keluar rumah ingatkan nak pergi sembahyang subuh kat masjid
Rata-rata netizen memuji pasangan suami isteri ini terutamanya si suami yang angat kreatif dan sudi melakukan sesuatu untuk mengembirakan isterinya. Berikut adalah beberapa komen terpilih:
Very sweet, tahniah dan happy birthday
Happy Birthday puan..tahniah buat Encik suaminya yang prihatin..semoga kekal bahgia sampai syurga..💓
Kreatif nya husband dia. Alhamdulillah dpt suami sweet
Macam-perasaan ada bila baca ni.Memang terharu n happy. Kalau lah saya dapat macam ni….uisshhhhh senyum panjang weyyy….
Selamat panjang umur untuk puan dan suami… Hadiah yang paling berharga adalah tanda ingatan dari suami
Tahniah… bahagia hingga jannah… sayangi lah dia. Serius aku nangis baca ni wey