‘Orang Keluar, Dia Nak Ikut Juga..’ – Kucing Selamba Naik Motosikal Nak Ikut Tuannya

‘Orang Keluar, Dia Nak Ikut Juga..’ – Kucing Selamba Naik Motosikal Nak Ikut Tuannya. Rasanya tidak lengkap hari kita tanpa melihat telatah haiwan peliharaan yang melucukan. Setiap hari ada sahaja kerenah atau telatah selamba mereka yang mencuit hati.sajagempak.com - 'Orang Keluar, Dia Nak Ikut Juga..' - Kucing Selamba Naik Motosikal Nak Ikut Tuannya

Mungkin itu yang menjadi sebab mengapa orang ramai suka memelihara haiwan di rumah. Contohnya lihat sahaja dalam video ini di mana telatah seekor kucing yang begitu selamba naik ke atas motosikal telah menarik perhatian ramai.

Apa yang berlaku ialah ketika tuannya sedang bersedia di atas motor dia tanpa disuruh terus memanjat naik masuk ke dalam bakul motor tersebut tanpa mempedulikan kanak-kanak kecil yang ada di situ.

sajagempak.com - 'Orang Keluar, Dia Nak Ikut Juga..' - Kucing Selamba Naik Motosikal Nak Ikut Tuannya

Gayanya yang bersahaja seolah-olah dia lah yang paling penting di situ dan tuannya tidak boleh pergi tanpa mengajaknya sama.

sajagempak.com - 'Orang Keluar, Dia Nak Ikut Juga..' - Kucing Selamba Naik Motosikal Nak Ikut Tuannya

Duduk baik-baik!

sajagempak.com - 'Orang Keluar, Dia Nak Ikut Juga..' - Kucing Selamba Naik Motosikal Nak Ikut Tuannya

Namun begitu, memandangkan tuan kecilnya mahu ikut sama jadi tuannya telah meletakkannya di tempat duduk belakang. Dia kelihatan hanya menurut tanpa membantah.

Apa yang menariknya, dia kekal di atas motor sehinggalah mereka pulang.

sajagempak.com - 'Orang Keluar, Dia Nak Ikut Juga..' - Kucing Selamba Naik Motosikal Nak Ikut Tuannya

Apa yang penting kucing ini tidak jatuh atau ketinggalan di tepi jalan!

sajagempak.com - 'Orang Keluar, Dia Nak Ikut Juga..' - Kucing Selamba Naik Motosikal Nak Ikut Tuannya

Sehingga kini video yang dimuat naik ke YouTube itu telah menerima lebih daripada 250,000 tontonan, jumplah tanda suka sebanyak 2.4K likes dan juga lebih 4.6K perkongsian oleh netizen di laman sosial itu.

Lihat rakaman video gelagat kucing tersebut (VIDEO):

Sibuk nak ikut jugak

Dikirim oleh SygQu Eyda Rania pada Selasa, 18 Agustus 2020

Sumber: SygQu Eyda Rania via Era Baru

Facebook Comments Box