Orang Ramai Gempar Dengan Penemuan ‘Belut Raksasa’ Di Anak Sungai

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seekor belut raksasa hingga membuatkan ramai orang berasa takut dan tertanya-tanya sama ada ianya memang wujud atau tidak.sajagempak.com - Orang Ramai Gempar Dengan Penemuan 'Belut Raksasa' Di Anak Sungai

Rakaman video yang berasal dari Indonesia itu menunjukkan seekor ‘ikan sidat’ gergasi atau juga dikenali sebagai belut ‘raksasa’ di sebuah anak sungai.

Rakaman video yang dimuatnaik oleh akaun youtube Jambrong99 itu sehingga kini telah mencecah lebih 1 juta tontonan. Seorang lelaki yang melihat sendiri ‘belut raksasa’ tersebut meluahkan rasa kagumnya serta memberitahu itu adalah kali pertama dia melihat belut sebesar itu.

“Badak nyak (besar nya),” ujar lelaki itu dalam bahasa Sunda.

sajagempak.com - Orang Ramai Gempar Dengan Penemuan 'Belut Raksasa' Di Anak Sungai

‘Belut raksasa’ yang dianggarkan seberat 1 tan itu dilihat ‘terdampar’ di tebing sungai sambil dilihat oleh beberapa orang lelaki.

Sebenarnya ‘belut raksasa’ itu bukanlah belut yang hidup tetapi merupakan satu hasil replika ukiran yang berkualiti tinggi hingga kelihatan seperti belut yang hidup.

sajagempak.com - Orang Ramai Gempar Dengan Penemuan 'Belut Raksasa' Di Anak SungaiReplika yang luar biasa itu dibuat oleh seorang lelaki dengan mengunakan batu dan tanah liat yang terdapat di anak sungai tersebut.

sajagempak.com - Orang Ramai Gempar Dengan Penemuan 'Belut Raksasa' Di Anak Sungai

Mula-mulanya, batu-batu disusun dan kemudian tanah liat ditampal sedikit demi sedikit hingga menampakkan bentuk ‘belut raksasa’. Selepas itu ianya akan dicat dengan corak tompok -tompok hitam dan coklat kehijauan hingga menghasilkan kesan realistik.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka dan memuji kreativiti penciptanya selepas mengetahui macam mana terwujudnya ‘belut raksasa’ tersebut.

VIDEO:

Anda juga tidak perlu takut melihat ‘belut raksasa’ ini kerana di dunia ini, tidak ada lagi sebarang bukti penemuan ‘belut raksasa’ yang sebesar ini wujud.

Kredit: Jambrong 99

Facebook Comments Box