Padah Menghalang Laluan Lori, Kereta ‘Dihukum’ Dengan Cara Paling Sadis. Setiap pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kegagalan untuk mematuhinya bakal menyebabkan mereka dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa lebih-lebih lagi apabila ia mampu menyusahkan pengguna lain.
Bagaimanapun baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah kereta ini didapati telah ‘dihukum’ oleh pihak lain apabila keretanya didapati gagal untuk parkir di tempat yang betul dan sepatutnya.
Kerana halang laluan
Menerusi satu perkongsian yang dibuat pengguna Twitter Mohd Redzuan, sebuah kereta ini didapati telah ‘didenda’ pihak tertentu apabila ia diparkirkan di tempat yang telah menghalang laluan lori masuk ke stor KTMB.
Dipercayai berlaku di sebuah stesen KTMB di Butterworth, kereta itu telah dibalut dengan pita garisan polis selain turut diletakkan cone penghadang jalan di atas bumbung keretanya.
Reaksi netizen
Perkara tersebut telah mengundang banyak reaksi dalam kalangan netizen di Twitter. Rata- ratanya berasa lucu dengan tindakan yang dikenakan ke atas kereta tersebut yang sungguh di luar jangkaan. Malah, tidak kurang ada juga yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang tepat bagi ‘menginsafkan’ pemilik kereta tersebut dan juga pengguna lain.
Sumber: Twitter Mohd Redzuan