Sorok Duit RM5,600 Lebih Dari Isteri, Suami Rugi Besar Apabila Duit itu Habis Hancur Digigit Tikus

Padah sembunyikan duit daripada isteri, lelaki ini kerugian beribu ringgit. Malang buat seorang suami di Bangkok, Thailand apabila wang yang disembunyikannya digigit oleh tikus.Sorok Duit RM5,600 Lebih Dari Isteri, Suami Rugi Besar Apabila Duit itu Habis Hancur Digigit Tikus - sajagempak.com

Menurut perkongsian seorang netizen, lelaki ini mahu menyembunyikan duit itu daripada pengetahuan isterinya dan dia menyembunyikannya di bahagian bonet hadapan kenderaannya yang bersambung dengan bahagian papan pemuka.

Difahamkan, jumlah kesemua wang yang disembunyikan oleh si suami dalam keretanya adalah sebanyak 45,000 Baht atau lebih kurang RM5,606.

Padah Sorok Duit RM5,606 Dari Isteri, Duit Disorok Suami Dalam Kereta Babis Hancur Digigit Tikus - sajagempak.com

Namun, malang menimpa lelaki ini apabila duit yang disimpannya telah mengundang kehadiran beberapa ekor tikus ke dalam keretanya.

Ketika dia memeriksa duitnya, dia terkejut mendapati sebahagian besar duit disoroknya itu telah rosak digigit oleh tikus!

Padah Sorok Duit RM5,606 Dari Isteri, Duit Disorok Suami Dalam Kereta Babis Hancur Digigit Tikus - sajagempak.com

Difahamkan, lebih kurang 35,000 Batt (RM4,360) daripada duit yang disimpannya telah digigit dan dirosakkan oleh tikus.Padah Sorok Duit RM5,606 Dari Isteri, Duit Disorok Suami Dalam Kereta Babis Hancur Digigit Tikus - sajagempak.com

Bukan itu sahaja, tikus-tikus itu juga telah membuat kerosakan kepada kereta milik lelaki ini. Alahai, malang berganda-ganda buat lelaki ini. Itu belum lagi termasuk kena marah dengan isteri kerana sembunyikan wang daripadanya, aduh!

Padah Sorok Duit RM5,606 Dari Isteri, Duit Disorok Suami Dalam Kereta Babis Hancur Digigit Tikus - sajagempak.com

Perkongsian kisah lelaki ini dengan pantas menjadi tular dan rata-rata netizen bersimpati terhadap kejadian yang menimpanya. Menurut The Smart Local (Thailand), orang ramai mencadangkan lelaki ini mencuba nasib dengan membawa wang-wang yang rosak tersebut ke Bank of Thailand untuk ditukar dengan wang baru.

Jika tak dapat jumlah penuh, dapat sebahagian pun sudah cukup baik kan.

Facebook Comments Box