Pakcik Buat LIVE Meniaga Kecewa Dapat Ramai ‘Joy Buyer’, Tapi Pakcik Tetap Bersyukur Buat Yang Support

Pada masa sekarang di musim pandemik, ramai peniaga yang terjejas hingga menyebabkan kedai terpaksa ditutup, jualan menjadi kurang dan ada yang tidak dapat berniaga atas sebab-sebab tertentu seperti kekangan pergerakan dan masalah kewangan.Pakcik Buat LIVE Meniaga Kecewa Dapat Ramai ‘Joy Buyer’, Tapi Pakcik Tetap Bersyukur Buat Yang Support

Oleh itu, ramai yang memikirkan alternatif lain untuk menjal barangan mereka dan salah satu daripada cara yang semakin popular ketika ini ialah dengan menjual barangan jualan mereka dengan membuat live di akaun media sosial seperti di Facebook, Instagram, Tiktok dsb.

Antara kelebihan menjual barangan dengan membuat LIVE adalah pembeli akan dapat melihat sendiri barangan yang dimahukan dan penjual juga boleh menerangkan secara langsung apa-apa aspek yang mahu diketahui bakal-bakal pembeli.

Namun setiap kelebihan mesti ada kekurangan, dan atara kekurangan penjualan dengan membuat LIVE adalah sukar untuk mencari viewer yang ramai lebih-lebih lagi jika kita bukan siapa-siapa dan tidak dikenali ramai. Selain itu satu lagi masalah yang sering berlaku ketika membuat LIVE adalah ‘joy buyer’ dan itulah yang dihadapi oleh seorang pakcik ini.Pakcik Buat LIVE Meniaga Kecewa Dapat Ramai ‘Joy Buyer’, Tapi Pakcik Tetap Bersyukur Buat Yang Support

Konsep membeli ketika jualan secara LIVE agak mudah kerana apabila ingin membeli, kebanyakkannya hanya perlu ‘lock’ barangan yang dimahukan lalu memberikan resit pembayaran di nombor telefon yang disediakan.

Maslaah terjadi apabila ada orang yang tiada niat nak membeli tapi masuh juga mahu ‘lock’ barangan tersebut dan menyebabkan barangan tidak terjual dan menyebabkan kehilangan potential buyer yang betul-betul mahu membeli barangan tersebut. Pakcik Buat LIVE Meniaga Kecewa Dapat Ramai ‘Joy Buyer’, Tapi Pakcik Tetap Bersyukur Buat Yang SupportMenurut pakcik yang dikenali sebagai abahbundle ini, meskipun dia kecewa kerana ramai ‘joy buyer’ ketika buat live, dia bagaimanapun tetap bersyukur kerana masih ramai lagi yang support.

VIDEO:

Menerusi video perkongsikannya, ramai netizen yang turut meluahkan rasa geram mereka dengan tindakan ‘joy buyer’ yang secara tidak langsung menggangu perniagaan orang.

Benda ini sebenarnya sangat-sangat mudah, kalau tak ingin nak beli jangan la gatal tangan nak ‘lock’ barangan produk. Kesian seller seperti pakcik ini.

Pakcik Buat LIVE Meniaga Kecewa Dapat Ramai ‘Joy Buyer’, Tapi Pakcik Tetap Bersyukur Buat Yang Support

Ramai yang meninggalkan kata-kata semangat selepas videonya tular dan pakcik ini berterima kasih kepada semua yang menyokongnya.

Pakcik Buat LIVE Meniaga Kecewa Dapat Ramai ‘Joy Buyer’, Tapi Pakcik Tetap Bersyukur Buat Yang Support

Dikatakan selepas kejadian ramai ‘joy buyer’ itu, ramai yang support live pakcik ini dan semoga rezeki pakcik semakin bertambah.

Kredit: abahbundle

Facebook Comments Box