Seorang pakcik terpaksa berjalan kaki untuk balik ke Kelantan dari Kuala Lumpur selepas kena tipu oleh rakan yang menawarkan pekerjaan kepadanya. Kisah pakcik ini dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Pg Hafizi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perumpamaan itu kerap kali terlintas difikiran kita apabila melihat seseorang yang sedang diuji dengan cubaan kehidupan.
Namun, sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari perasaan kasihan dan simpati terhadap nasib seseorang yang sedang dirundang kesusahan.
Pakcik jalan kaki dekat lebuh raya
Perkara ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter apabila memuat naik kisah seorang lelaki warga emas yang dikatakan berjalan kaki dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.
Pemuda yang dikenali sebagai Hafizi ini telah bertemu dengan pakcik tersebut ketika melepasi tol Bentong dan menumpangkannya hingga ke pertengahan jalan.
Datang dari jauh tapi last2 kena tipu
Pada awalnya dia bercadang untuk membelikan tiket bas kepada pakcik itu, namun ditolak secara baik kerana dia tidak selesa menaiki kenderaan tersebut kerana berasa mual jika berjalan jauh.
Tambahnya lagi, pakcik itu datang ke Kuala Lumpur kerana dijanjikan pekerjaan sebagai tukang cuci, tetapi malangnya dia ditipu oleh rakannya sendiri. Oleh itu, untuk pulang ke Kelantan, dia tidak mempunyai duit yang cukup dan terpaksa berjalan kaki.
Nak belikan tiket bas tapi tak mahu
Kemudian, Hafizi mempelawa pakcik itu untuk menumpangnya hingga ke Paka dan membelikan tiket dari sana kerana sudah menghampiri ke Kelantan, namun masih ditolak olehnya. Dia hanya minta diturunkan di kawasan Karak-Temerloh dan cuba meminta bantuan sesiapa yang melalui kawasan tersebut.
Semoga dipermudahkan segala urusan pakcik tu
Akur dengan permintaan warga emas itu, Hafizi telah menurunkannya dikawasan tersebut dan sempat memberikan sedikit duit dan air mineral sebagai bekalan untuknya meneruskan perjalanan.
Perkongsian yang menyayat hati tersebut telah membuatkan ramai warganet meninggalkan komen diruangan Twitternya. Rata-rata daripada mereka mengakui simpati dengan nasib yang menimpa pakcik itu serta mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan sehingga sampai ke Kelantan semula.
Bayangkan kalau itu ayah kita? Allah please protect him
Dah lah jauh, jalan gelap atas bukit
Semoga dipermudahkan urusan pakcik ini. Kepada netizen, dinasihatkan supaya janganlah sesuka hati menawarkan atau nak menipu sesuatu seperti tawaran pekerjaan kepada orang lebih-lebih lagi kepada yang memang memerlukan.
Sumber : Pg Hafizi