Pasangan Pengantin Menandatangi Perjanjian Prenuptial yang Aneh, Isi Kandungan Buat Ramai Melopong

Setiap pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga hendaklah menghormati dan menerima setiap kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing dan bertolak ansur antara satu sama lain.Pasangan Pengantin Menandatangi Perjanjian Prenuptial yang Aneh, Isi Kandungan Buat Ramai Melopong - sajagempak.com

Pasangan suami isteri dari India menjadi tular gara-gara menandatangani perjanjian prenuptial aneh pada majlis perkahwinan mereka.

Isi kandungan kotrak yang ditandatangani oleh suami isteri ini menetapkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.

Namun begitu, salah satu perkara yang mencuri perhatian netizen adalah membeli belah setiap 15 hari, dan mengambil gambar yang cantik di majlis. Mereka juga hanya boleh makan pizza sekali sebulan dan pergi ke gym setiap hari. Fuhh!

Pasangan Pengantin Menandatangi Perjanjian Prenuptial yang Aneh, Isi Kandungan Buat Ramai Melopong - sajagempak.com

Selain itu, mereka juga hendaklah mengatakan ‘ya’ kepada hidangan tradisional India yang dipanggil ghar ka khana dan memakai saree setiap hari.

Difahamkan kontrak itu dibuat oleh pihak pengantin perempuan, namun pasangan itu kedua-duanya bersetuju dan tersenyum apabila menandatangani kontrak berkenaan disaksikan para tetamu.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan di Assam, India, pada 9 Julai, dengan rakaman video memaparkan pasangan pengantin meletakkan nama mereka pada kontrak tersebut. Kontrak bersaiz gergasi itu dihias dengan tema perkahwinan mereka dengan bunga biru.Pasangan Pengantin Menandatangi Perjanjian Prenuptial yang Aneh, Isi Kandungan Buat Ramai Melopong - sajagempak.com

Sebagai info, sebarang bentuk perjanjian prenuptial adalah tidak sah di India kerana undang-undang tidak menganggap perkahwinan sebagai kontrak. Meskipun begitu, segelintir keluarga di India masih mengamalkannya dan tujuan asalnya adalah menjelasan kepada si isteri mengenai apa yang akan diterimanya sekiranya pasangan itu bercerai.

Namun begitu, dalam perkahwinan Shanti dan Mintu ini, kontrak itu kelihatan lebih berkaitan dengan gaya hidup mereka.

Facebook Comments Box