Patut Asyik Korek Hidung, Ibu Terkejut Cecair Hitam Keluar Dari Hidung Anak Dan Berbau

Perkongsian seorang ibu mengenai tindakan anak sulungnya yang memasukkan bateri kecil ke dalam lubang hidung boleh dijadikan iktibar buat ibu bapa lain.sajagempak.com - Patut Asyik Korek Hidung, Ibu Terkejut Cecair Hitam Keluar Dari Hidung Anaknya Dan Berbau Seperti Asap Rokok

Malah insiden pada 30 Mei lalu itu bagaikan mimpi negeri buat Atirah Alias sekeluarga.

“Pukul 3 lebih petang mama tengak kakak tengah asyik korek hidung dengan jari telunjuk. Mama tegur ‘kakak jangan korek hidung dengan jari telunjuk nanti besar lubang hidung kakak’.

“Kakak teruskan korek tanpa hiraukan apa yang mama beritahu. Selepas beberapa jam pukul 4 lebih petang, kakak mengadu sakit hidung. Mama minta nak tengak, dia tak kasi.

“Dia teruskan korek dan menangis cakap sakit. Hingus mula keluar belah hidung kiri. Mama paksa tengok dengan lampu telefon tak ada benda apa-apa melainkan hingus dia yang keluar,” katanya dalam posting tersebut.

sajagempak.com - Patut Asyik Korek Hidung, Ibu Terkejut Cecair Hitam Keluar Dari Hidung Anaknya Dan Berbau Seperti Asap Rokok

Namun Atirah tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah keadaan anaknya yang berusia empat tahun itu kelihatan berbeza pada malam tersebut.

“Dalam pukul 7 lebih dia nampak lain, badan panas dan dia cakap sejuk. Lepas tu hidung dia mula bercampur dengan cecair warna hitam.

“Mama ingat darah beku mungkin sebab dia korek terlalu dalam. Pukul 11 lebih semakin banyak cecair warna hitam. Mama cium tak bau apa-apa. Hanya ingat darah beku lagi.

“Kakak tak dapat nak tidur, tubuh semakin panas, mama paksa papa bagi kakak ubat. Setelah itu kakak dapat tidur kejap tetap tak lena seperti biasa,” katanya.

Jelas ibu dua anak itu, cecair hitam yang keluar dari hidung anaknya, Aura membuatkan dia tidak sedap hati melihat keadaan itu.

“Pukul 7 pagi mama tak sedap hati sebab tengak cecair hitam masih keluar. Mama sapu dengan kain lampin dan cium tapi tak bau apa-apa. Minta adik lelaki cium dia cakap bau macam asap rokok.

“Tapi mama masih tak puas hati dan rasa tak sedap duduk. Terus ajak papa pergi klink swasta. Bila daftar klinik swasta tu tak terima sebab suhu badan kakak dah panas sangat,” katanya.

sajagempak.com - Patut Asyik Korek Hidung, Ibu Terkejut Cecair Hitam Keluar Dari Hidung Anaknya Dan Berbau Seperti Asap Rokok

Bateri jam kecil amat berbahaya jika dimasukkan ke dalam lubang hidung kerana boleh menghakis. Gambar sekadar hiasan.

Disebabkan klinik swasta enggan menerima kes Aura, pasangan suami isteri tersebut membawa anak mereka ke Hospital Serdang pada 31 Mei lalu.

“Sampai sahaja Hospital Serdang papa terus bawa kakak pergi di bahagian kecemasan daftar semua, terus pergi jumpa doktor.

“Doktor pun tak pasti benda apa cecair hitam tu. Lepas tu doktor minta nak x-ray,” katanya.

Bateri jam ni bahaya sikit sebab boleh menghakis sebab tu keluar cecair warna hitam. Doktor pesan suruh cuci sehari banyak kali pun tak pe. ATIRAH ALIAS, Ibu

Sebaik sampai di bilik x-ray, Atirah terkejut apabila diberitahu doktor mengenai benda yang berada di dalam lubang hidung anaknya itu adalah bateri kecil.

Selepas x-ray dilakukan, Atirah berkata doktor terpaksa mengeluaran bateri kecil itu menggunakan besi dan wayar.

“Kakak menangis tanpa henti. Bayangkan kita kena check Covid-19 pun dah sakit. Dia korek dengan wayar dan besi. Mama hanya mampu berdoa saja ketika itu.

“Setelah beberapa minit mama call papa, papa beritahu dah siap. Bateri pun dah keluar. Alhamdulillah syukur sangat rasa time tu. Hanya Allah sahaja tahu macam mana rasa, ” katanya.

sajagempak.com - Patut Asyik Korek Hidung, Ibu Terkejut Cecair Hitam Keluar Dari Hidung Anaknya Dan Berbau Seperti Asap Rokok

Doktor terpaksa mengeluarkan bateri tersebut menggunakan besi dan wayar.

Namun Atirah dimaklumkan suaminya bahawa doktor memberitahu bateri jam itu amat berbahaya kerana boleh menghakis.

“Bateri jam ni bahaya sikit sebab boleh menghakis sebab tu keluar cecair warna hitam. Doktor pesan suruh cuci sehari banyak kali pun tak pe.

“Antibiotik seminggu kakak kena habiskan. Masa appointment 4 Jun lalu doktor tengok ada lagi kesan hitam tu. Walaupun dah cuci tapi kesan ada lagi jadi doktor minta cuci lagi.

“Kakak nangis tak henti sampailah dia terasa OK masa doktor cuci. Dia berhenti nangis sendiri. Doktor bagi ubat lain lagi. Minta cuci setiap hari dan 11 Jun minta datang lagi,” katanya.

sajagempak.com - Patut Asyik Korek Hidung, Ibu Terkejut Cecair Hitam Keluar Dari Hidung Anaknya Dan Berbau Seperti Asap Rokok

Berdasarkan pemeriksaan menggunakan kamera di hospital pada Khamis lalu, Atirah berkata hidung anaknya masih lagi ada bekas kesan bateri tersebut.

“Jadi kena cuci lagi. Kakak dah nangis lagi. Mama tak dapat nak bayangkan macam mana. Setiap minggu kakak hanya bertemankan papa.

“Ujian buat kakak. Kakak kena kuat. InsyaAllah minggu depan kita pergi kakak dah OK dan dah sembuh. Doakan semoga kakak Aura cepat sembuh ye.

“Jika sesuatu terjadi dekat anak-anak macam tu tolong cepat bawa pergi hospital. Jika terlambat bahaya boleh menghakis nanti. Masuk manik tak pe lagi,” katanya.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box