Pecah Masuk Rumah, Perompak Kemudian Bingung Dan Keliru Melihat Keadaan Rumah Dan Terus Batalkan Niat Dan Melarikan Diri

Satu kejadian yang pelik tapi juga agak melucukan ini berlaku di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada tahun 2019. Satu rumah telah menjadi sasaran dua orang pencuri namun sesuatu berlaku hingga menyebabkan keduanya membatalkan niat mereka.Pecah Masuk Rumah, Perompak Kemudian Bingung Dan Keliru Melihat Keadaan Rumah Dan Terus Batalkan Niat Dan Melarikan Diri

Kedua orang pencuri itu sudahpun masuk ke dalam rumah mangsa sasaran mereka yang dimiliki oleh seorang warga emas yang dikenali sebagai Ang.

Walaubagaimanapun keadaan dalam rumah itu menyebabkan mereka berasa bingung dan keliru. Ini kerana keadaan dalam rumah yang berselerak seolah-olah ada orang mencari barang dan juga seperti baru dirompak.

Pecah Masuk Rumah, Perompak Kemudian Bingung Dan Keliru Melihat Keadaan Rumah Dan Terus Batalkan Niat Dan Melarikan Diri

Barang-barang habis berselerak, perabot rumah tidak bersusun baik dan pintu perabot almari terbuka, keadaan dalam rumah tak ubah seperti stor barang!

Pecah Masuk Rumah, Perompak Kemudian Bingung Dan Keliru Melihat Keadaan Rumah Dan Terus Batalkan Niat Dan Melarikan Diri

Kedua-dua orang pencuri itu membatalkan niat mereka kerana menyangkakan rumah itu baru sahaaja dirompak oleh orang lain. Siapa sangka keadaan rumah yang bersepah tu boleh selamatkan rumah dari dirompak?

Ang memberitahu dia melihat sebuah kereta putih diletakkan dihadapan rumahnya sebelum terserempak dengan kedua-dua pencuri yang melarikan diri. Pencuri terbabit sempat bertanyakan pada Ang, “Ini rumah awak ke” sebelum mereka melarikan diri.

Pecah Masuk Rumah, Perompak Kemudian Bingung Dan Keliru Melihat Keadaan Rumah Dan Terus Batalkan Niat Dan Melarikan Diri

Menurut Ang, dia mempunyai tabiat tidak suka mengemas rumah dan memberitahu ini bukanlah kali pertama rumahnya dipecah masuk dan sebelum ini pernah berlaku beberapa kali. Pemilik rumah ini juga memberitahu dia tidak menyimpan sebarang barangan berharga dalam rumahnya

Facebook Comments Box