Pekerja Makan Nasi Kosong Berkuahkan Air Mineral Sahaja Undang Simpati Netizen

Kebanjiran pekerja asing dalam negara yang bekerja dalam pelbagai sektor seringkali menimbulkan pendapat berbeza bagi penduduk setempat. Namun tidak dinafikan setiap negara di dunia ini memang memerlukan pekerja asing termasuklah negara kita.Pekerja Makan Nasi Kosong Berkuahkan Air Mineral Sahaja Undang Simpati Netizen - sajagempak.com

Namun, tahukah anda bahawa kebanyakkan pekerja-pekerja asing yang datang bekerja dari negara asal mereka ini sebenarnya membuat pengorbananyang begitu besar dalam hidup mereka.

Adakalanya, gaji dan makan mungkin tidak cukup dan kadangkala perlu mengikat perut demi mencari rezeki untuk diri dan keluarga.

Baru-baru ini, satu foto mengenai seorang pekerja asing telah tular di media sosial dan mendatangkan pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

Dalam foto yang dikongsikan oleh @syahdan_94, seorang pekerja asing dilihat hanya mampu menikmati menu makan tengah harinya iaitu sebungkus nasi putih bersama air botol sahaja.

Pekerja Makan Nasi Kosong Berkuahkan Air Mineral Sahaja Undang Simpati Netizen - sajagempak.com

Tanpa kuah, tanpa lauk, tanpa sayur-sayuran. Hanya nasi yang direndamkan bersama air mineral sahaja.

Kasihan sungguh…

“Terjumpa orang negara luar… Makan nasi dengan kuah air mineral sahaja.”

Rata-rata netizen bersimpati dengan pekerja asing berkenaan dan mereka juga tidak ketinggalan untuk berkongsikan kisah peribadi masing-masing yang pernah berhadapan dengan situasi sama.

“Kita selalu rasa susah dan mahu mengalah tetapi rupanya ada orang yang jauh lebih susah dan mereka masih kelihatan gembira.”

“Mak pun pernah cerita dia pergi kedai makan dan melihat sekumpulan warga asing makan di kedai itu tetapi hanya makan nasi bersama kuah sahaja. Lauk langsung tidak diambil.”

“Bapa saya juga seorang kontraktor dan mempunyai pekerja asing. Selalunya mereka akan beli nasi pada waktu pagi dan simpan sebahagiannya untuk makan malam. Tetapi, lauk mereka cuma sambal belacan atau keropok sahaja. Kasihan. Segelintir mereka mempunyai ijazah tetapi tiada peluang pekerjaan di negara sendiri.”

Sebenarnya tidak penting sangat jika mereka warga asing atau tidak, yang pasti kita semuanya sama, makhluk yang bergelar manusia.

Semoga semua orang yang bekerja mencari rezeki agar dipermudahkan rezeki mereka.

Facebook Comments Box