Pelajar Perempuan Rasa Benda Begerak Dalam Beg Sekolah, Terperanjat Besar Guru Dan Pelajar Melihat Ular King Cobra Didalamnya

Sebut sahaja ular tedung selar (king cobra) , sudah pasti ramai dikalangan anda yang menggigil ketakutan jika berhadapan dengan makhluk berbisa ini. Tidak apa yang perlu dimalukan kerana ia sememangnya reaksi normal bagi kebanyakkan orang termasuk orang dewasa, terutama bagi mereka yang langsung tiada pengetahuan mengenai ular.Pelajar Perempuan Rasa Benda Begerak Dalam Beg Sekolah, Terperanjat Besar Guru Dan Pelajar Melihat Ular King Cobra Didalamnya - sajagempak.com

Bagaimana pula reaksi anda jika membuka beg dan tiba-tiba mendapati ada ular tedung selar bersembunyi di dalamnya? Nah, itulah yang dialami oleh seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Uma Rajak apabila seekor ular tedung selar didapati menyelinap masuk ke dalam beg sekolahnya.

Uma Rajak yang merupakan seorang pelajar sebuah sekolah di Shajapurh Madhya Pradesh, India merasakan macam ada benda bergerak di dalambeg sekolahnya.Pelajar Perempuan Rasa Benda Begerak Dalam Beg Sekolah, Terperanjat Besar Guru Dan Pelajar Melihat Ular King Cobra Didalamnya - sajagempak.com

Kerana takut dan curiga dengan kejadian itu, dia segera memberitahu perkara tersebut kepada guru sekolahnya.

Gurunya yang mendengar cerita Uma segera membuka zip beg sekolah Uma dan mengeluarkan buku dan isi di dalamnya. Pelajar Perempuan Rasa Benda Begerak Dalam Beg Sekolah, Terperanjat Besar Guru Dan Pelajar Melihat Ular King Cobra Didalamnya - sajagempak.comNamun tak disangka sebaik sahaja beg itu dikosongkan, tiba-tiba sahaja seekor ular tedung selar merayap keluar hingga menyebabkan guru itu dan para pelajar kelas itu terkejut dan panik.

Walaubagaimanapun, para pelajar dan guru di sekolah tidak mengalami apa-apa kejadian yang tidask diingini susulan insiden berkenaan kerana ular king cobra itu tidak bertindak agresif, sebaliknya terus berlalu pergi.

VIDEO:

Untuk pengetahuan anda, bisa ular tedung selar adalah sangat berbahaya dan bisanya mampu membunuh sehingga 20 orang dengan hanya satu patukan.

Facebook Comments Box