Pelajar Tingkatan 1 Takut Melihat Tangannya Jadi Bengkok Macam Ular

Seorang pelajar menjadi takut apabila melihat tangannya menjadi bengkok macam ular akibat kesilapannya sendiri.sajagempak.com - Tangan Pelajar Tingkatan 1 Menjadi Bengkok Macam Ular Akibat Terlebih Bergurau

Bergurau punya pasal, seorang pelajar tingkatan satu patah tangan selepas terjatuh ketika melompat daripada katil di asrama sekolahnya dekat Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku pada 8 malam Isnin lalu dan tular di Facebook (FB) sejak semalam, selepas dimuat naik bapa pelajar itu. Wan Danish Haikal Wan Mohd Rozlan, 13, mengakui kejadian berlaku disebabkan kesilapannya sendiri kerana ‘terlebih’ bergurau dengan rakannya.

“Saya mahu melompat daripada katil (bertingkat) tetapi gagal memaut rakan menyebabkan jatuh dan bertongkatkan tangan sendiri.

sajagempak.com - Tangan Pelajar Tingkatan 1 Menjadi Bengkok Macam Ular Akibat Terlebih Bergurau
Tangan kanan bengkok

“Hentakan kuat menyebabkan tangan kanan saya bengkok. Ia tak sakit tetapi saya takut melihat tangan bengkok seperti ular,” katanya ketika dihubungi.

Insiden itu menjadi pengajaran kepadanya dan berharap pelajar lain tidak mengikut jejaknya.

Sementara itu bapanya, Wan Mohd Rozlan Wan Derahman, 34, berkata, dia berkongsi gambar anaknya berkeadaan demikian bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Sebaliknya, mahu memberi pengajaran kepada kenalannya di media sosial supaya mengawasi dan menasihati anak masing-masing.

sajagempak.com - Tangan Pelajar Tingkatan 1 Menjadi Bengkok Macam Ular Akibat Terlebih Bergurau
Semoga tangan adik ini cepat sembuh seperti sediakala

“Malang tidak berbau, kecuaian boleh membawa padah. Oleh itu perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan atau permainan,” katanya yang mengambil anaknya daripada asrama sejurus kejadian dan terus dibawa ke Hospital Setiu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box