Pelakon Drama Bukan Gadis Biasa Memandu Grab Sepanjang PKP Untuk Menyara Hidup

KUALA LUMPUR: Ketika ramai artis yang kehilangan pendapatan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengusahakan perniagaan untuk menampung keperluan, pelakon Adli Juvana pula memandu Grab untuk menyara kehidupan.sajagempak.com - Pelakon Drama Bukan Gadis Biasa Memandu Grab Sepanjang PKP Untuk Sara Hidup

Adli Juvana atau nama sebenarnya Adli Zil Ikram Abu Bakar, 35, dari Kampung Tempurung, Kemaman, Terengganu itu, adalah di antara pelakon Drama Bukan Gadis Biasa, Remuk dan Nur yang sedang disiarkan TV3 sepanjang Ramadan ini.

Katanya, sejak Mac lalu dia menjalankan perkhidmatan Grab bagi menampung keperluannya selepas kehilangan sumber pendapatan sebagai pelakon berikutan PKP yang berkuat kuasa.

“Banyak tawaran lakonan dalam drama dan filem tertangguh kerana PKP berkuat kuasa.

“Sepatutnya saya menjalani penggambaran filem Duan arahan Sabri Yunus di Kelantan dan sekitar Kuala Lumpur pada April lalu, namun terpaksa dibatalkan kerana PKP.

sajagempak.com - Pelakon Drama Bukan Gadis Biasa Memandu Grab Sepanjang PKP Untuk Sara Hidup

“Saya tiada pilihan lain sekarang, selain menjalankan perkhidmatan Grab itu untuk memperoleh sedikit wang bagi menampung keperluan hidup di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, menyediakan perkhidmatan Grab ketika PKP berkuat kuasa memang mencabar kerana pendapatan tidak menentu dan sangat sedikit berbanding pada hari biasa.

“Nak dapat RM100 sehari pun susah dan pernah saya hanya memperolehi dua orang penumpang sahaja sehari dengan pendapatan RM20.

“Memang berasa sedih tetapi apa boleh buat hanya itu pekerjaan yang mampu saya jalankan setakat ini.

sajagempak.com - Pelakon Drama Bukan Gadis Biasa Memandu Grab Sepanjang PKP Untuk Sara Hidup

“Saya berasa lega apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa sekarang seterusnya memulih keadaan dan sambutan terhadap perkhidmatan yang dijalankan itu semakin meningkat menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Katanya, sepanjang PKP berkuat kuasa ramai rakan artis yang sengaja menggunakan perkhidmatannya kerana ingin membantu.

“Terharu juga apabila rakan artis seperti pelakon ternama, Fauziah Nawi, turut menggunakan perkhidmatan saya untuk ke pasar dan sebagainya.

“Ibu Fauziah Nawi pernah memberi duit tambang kepada saya sebanyak RM200 sedangkan hanya membawanya ke pasar pada jarak 10 kilometer sahaja.

“Sebanyak dua kali sebulan ibu Fauziah Nawi akan menggunakan perkhidmatan saya seterusnya membantu saya,” katanya.

Menurutnya, rakan produksi iaitu pekerja di sebalik tabir juga ramai yang menggunakan perkhidmatannya untuk menghantar barang dan sebagainya sepanjang PKP dan PKPB berkuat kuasa.

“Peminat juga tidak kurang memberi sokongan dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan itu.

“Memandangkan saya mempunyai tanda lahir pada wajah, identiti saya memang senang dicam peminat biarpun memakai pelitup muka,” katanya yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2004 hingga 2018 dan pernah berkhidmat dalam Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Selatan Lubnan.

Facebook Comments Box