Pelanggan Komplen Tak Lalu Makan McD Kerana Runner Berkulit Gelap

Dalam kehidupan sebagai manusia kita dilahirkan dengan pelbagai rupa dan warna. Malah ada yang sempurna kejadiannya ada juga diberi ujian kekurangan dari segi mental atau fizikal. Apa-apa pun itu bukanlah tiket untuk kita menghina atau mengutuk ciptaan Allah yang lain.sajagempak.com - Pelanggan Komplen Tak Lalu Makan McD Sebab Runner Yang Hantar Berkulit Gelap

Seorang wanita berkongsi beberapa keping foto perbualannya bersama seorang pelanggan. Wanita yang menggunakan akaun Facebook Maraliyyuddin Maraliyyuddin menjelaskan bahawa seorang pelanggan meminta dia membelikan makanan di saIah sebuah restoran Fast Food untuk berbuka puasa.

Tetapi setelah penghantaran dibuat, pelanggan tersebut menghantar pesanan mesej kepada wanita terbabit dan bertanya tentang runner yang menghantarkan makanan untuknya. Pelanggan mengadu tidak lalu makan kerana penghantar makanan tersebut berkulit gelap. Wanita tersebut menjelaskan di dalam FB bahawa lelaki tersebut adalah suaminya dan mereka sama-sama melakukan perkerjaan sebagai runner.

Simpan sini buat kenangan sepanjang buat perkhidmatan runner…tahun depan FB ingatkan balik Kita gelak je.

sajagempak.com - Pelanggan Komplen Tak Lalu Makan McD Sebab Runner Yang Hantar Berkulit Gelapsajagempak.com - Pelanggan Komplen Tak Lalu Makan McD Sebab Runner Yang Hantar Berkulit Gelapsajagempak.com - Pelanggan Komplen Tak Lalu Makan McD Sebab Runner Yang Hantar Berkulit Gelapsajagempak.com - Pelanggan Komplen Tak Lalu Makan McD Sebab Runner Yang Hantar Berkulit Gelap

Perkongsian yang dibuat mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pengikutnya. Perbuatan pelanggan tersebut didakwa sangat tidak bermoral dan telah menghina ciptaan Tuhan.

sajagempak.com - Pelanggan Komplen Tak Lalu Makan McD Sebab Runner Yang Hantar Berkulit Gelap

Menurut wanita itu lagi, ini bukan kali pertama mereka dilemparkan dengan kata-kata sebegitu namun mereka pilih untuk bersabar.

Antara komen-komen netizen:

Kenapa jahat sangat hati tu nak hin4 nak kata kat orang. semoga akak sekeluarga dimurahkan rezeki abaikan orang jenis macam tu.

allah.. Awat la da manusia mcm tu hin4 warna kulit org… Mohon ditakdirkan allah dia dpt ank atau laki hitam bru da akaii… La ni Allah byr cash

Allahurabbi…. Kenapa lah mcm tu… Apa kena mengena hitam dengan dia tak lalu mkn tu… S4kit hati tang mana taktau… Org dah beli kan pun syukur dah

Tak baiknya hin4 orang macam tu… Tak rasa bersaIah ke…orang dah la cari rezeki patutnya hargai orang yang dah tolong kita… Pelik sungguh ada juga orang macam ni….

Sampainya hati dia… Kata² melambangkan hati tau..semoga orang tu bertaubatlah..

Dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan kita seharusnya perbanyakkan buat kebaikan. Kata-kata begini telah mengguris hati orang lain tambah pula mereka dah membantu memudahkan kerja untuk membeli makanan. Sepatutnya ucapkanlah terima kasih, bukan sebaliknya.

SUMBER – news.mehbaca

Facebook Comments Box