Pemain Golf Digemparkan Dengan Kehadiran Seekor Ular Hitam Berbisa Bersembunyi Di Lubang Golf

Sekumpulan orang yang sedang bermain golf dikejutkan dengan penemuan seekor ular hitam yang berbisa ketika mereka sedang asyik bermain.Pemain Golf Digemparkan Dengan Kehadiran Seekor Ular Hitam Berbisa Bersembunyi Di Lubang Golf

Dalam kejadian yang berlaku di elab Golf dan Rekreasi The Coast berhampiran pantai Selatan Sydney itu, seekor ular hitam dari spesies Red-Bellied Black ditemui sedang bersembunyi dalam lubang golf dengan melingkar badannya di situ.

Difahamkan ular sepanjang 4 kaki itu merupakan salah satu ular yang berbisa dan boleh berbahaya kepada manusia.Pemain Golf Digemparkan Dengan Kehadiran Seekor Ular Hitam Berbisa Bersembunyi Di Lubang Golf

Seperti yang kita sedia maklum mengenai keadaan hidupan liar di Australia yang kadang-kala boleh jadi agak menakutkan, situasi yang sama juga dihadapi oleh para pemain golf ini.

Pemain Golf Digemparkan Dengan Kehadiran Seekor Ular Hitam Berbisa Bersembunyi Di Lubang Golf

Bayangkan kalau mereka tidak melihat dengan teliti ketika mengambil bola dalam lubang yang menjadi tempat persembunyian ular itu, sudah pasti keadaan boleh menjadi lebih berbahaya.

Punca ular itu berada di lubang golf itu adalah berkemungkinan untuk mencari tempat perlindungan atau tempat berteduh daripada musim panas.Pemain Golf Digemparkan Dengan Kehadiran Seekor Ular Hitam Berbisa Bersembunyi Di Lubang Golf

Menerusi video yang dikongsikan, beberapa pengguna mendakwa kejadian tersebut bukanlah pertama kali berlaku malah pernah berlaku beberapa kali.

VIDEO:

Seorang selebriti pelawak yang dikenali sebagai Andy Lee juga pernah berdepan dengan keadian yang sama ketika bermain golf dengan rakan-rakannya dan mereka menemui seekor ular yang besar di padang Golf Barnbougle Lost Farms di Tasmania.

Sumber: thecoastgolfclub

Facebook Comments Box