Tular satu video berdurasi 78 saat yang memaparkan seorang pemancing di bawah jambatan Pulau Pinang menyelamatkan seekor anak kucing yang dipercayai dibuang oleh seorang indivudu yang tidak dikenali dari atas jambatan.
Menurut pemandu pelancong yang dikenali sebagai Sobri Karim, 36, dia telah menerima panggilan kira-kira jam 3.30 petang daripada seorang nelayan untuk membantu membawa anak kucing ke jeti nelayan Batu Uban dari lokasi tiang di bawah jambatan Pulau Pinang.
Menurut Sobri, dia dimaklumkan oleh seorang kaki pancing bahawa anak kucing berbulu hitam itu telah ditemui ketika dia sedang memancing ikan di tiang 67 pada jam 2 petang.
Anak kucing itu ditemui sedang berenang menghampiri tembok tiang itu selepas dicampak kira-kira 20 meter dari atas jambatan. Kaki pancing tersebut kemudiannya terus membawa naik haiwan tersebut dengan menggunakan penyauk ikan.
Sobri bergegas ke lokasi penemuan anak kucing itu sebaik sahaja menerima panggilan dan membantu membawa anak kucing itu pulang ke jeti.
Video bedurasi 78 ssat yang dirakam oleh Sobri menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Sobri dan kaki pancing tersebut yang berusaha untuk menyelamatkan anak kucing itu.
Difahamkan anak kucing itu sudah dibawa balik dan diberi makanan, dan diberi tempat jagaan.
VIDEO:
Sobri turut meluahkan kekesalan terhadapi sikap individu yang sanggup bertindak kejam terhadap anak kucing tersebut tanpa belas kasihan.