Pemancing Tertangkap Ikan Aneh Bermata Besar, Dipercayai Spesies Ikan Purba Yang Wujud Lebih 400 Juta Tahun Dahulu

Pemancing Tertangkap Ikan Aneh Bermata Besar, Dipercayai Spesies Ikan Purba Yang Wujud Lebih 400 Juta Tahun Dahulu. Semakin hari semakin banyak pula kisah mengenai hidupan laut yang pelik dan aneh ditemui oleh manusia. Pemancing Tertangkap Ikan Aneh Bermata Besar, Dipercayai Spesies Ikan Purba Yang Wujud Lebih 400 Juta Tahun Dahulu - sajagempak.comBaru-baru ini kecoh pula dengan kisah seorang pemancing yang mendapat ikan yang memiliki rupa agak pelik.

Pemancing bernama Oscar Lundahl sangat terkejut dengan hasil tangkapannya itu sehingga hampir melompat keluar dari botnya.

Menurut sebuah laporan, lelaki dari Norway itu secara tidak sengaja menangkap ikan dari spesis ratfish atau nama latinnya Chimaeras Monstrosa Linnaeus yang wujud sejak 400 juta tahun dulu.

Dikatakan ikan itu ada dalam mitos Yunani Greek yang mempunyai kepala singa dan ekor naga. Malah ikan itu juga datang daripada keluarga ikan jerung dan hidup di laut dalam.Pemancing Tertangkap Ikan Aneh Bermata Besar, Dipercayai Spesies Ikan Purba Yang Wujud Lebih 400 Juta Tahun Dahulu - sajagempak.com

Patutlah ikan ini mempunyai fizikal aneh yang jarang dijumpai manusia. Hidup di lautan dalam rupanya!

Manalah tidak terkejut jika rupa fizikal ikan itu nampak cukup aneh dengan matanya yang besar. Dipercayai matanya yang besar berfungsi untuk membolehkannya melihat di dalam gelap, sesuai dengan habitatnya di laut dalam.

 

Biarpun nampak pelik, tapi ikan ini tidak berbahaya kepada manusia. Ianya hanya makan siput, ketam dan hidupan laut yang bercengkerang lain.

Menurut Oscar dia dan kawan-kawannya terkejut setelah berjaya menaikkan ikan berupa sedemikian.Pemancing Tertangkap Ikan Aneh Bermata Besar, Dipercayai Spesies Ikan Purba Yang Wujud Lebih 400 Juta Tahun Dahulu - sajagempak.com

“Saya tidak pernah melihat haiwan seperti ini sebelumnya. Ianya kelihatan agak pelik, macam rupa dinosaur pun ada”, ujarnya.

Selepas menaikkan ikan itu dan bergambar dengannya, ia kelihatan seperti tidak akan hidup lama mungkin kesan dari tekanan perubahan.

Disebabkan itu Oscar membawa pulang ikan itu dan menggorengnya bersama mentega dan tepung. Menurutnya rasa ikan itu seperti ikan kod tapi lebih lazat.

Sumber: Daily Star

Facebook Comments Box