Pemilik Pening Kepala Dengan Tabiat Kucingnya Yang Suka Membawa ‘Hadiah’ Dari Jiran Pulang Ke Rumah

Haiwan yang dikenali sebagai kucing sememangnya terkenal dengan kelakuan dan telatah mereka yang suka menghiburkan namun kadang-kadang juga boleh menyebabkan pemiliknya bingung dan pening kepala.Pemilik Pening Kepala Dengan Tabiat Kucingnya Yang Suka Membawa ‘Hadiah’ Dari Jiran Pulang Ke Rumah - sajagempak.com

Seorang wanita yang dikenali sebagai Monica Vicens menjadi bingung dan buntu dengan kelakuan kucingnya yang suka membawa pulang barang-barang yang diambilnya daripada jiran-jiran mereka.

Pemilik Pening Kepala Dengan Tabiat Kucingnya Yang Suka Membawa ‘Hadiah’ Dari Jiran Pulang Ke Rumah - sajagempak.com
Kucing yang diberi nama China

Menurut Monica, kucing miliknya yang diberi nama China itu biasanya akan keluar pagi untuk mencari barang-barang dan kemudiannya membawanya balik seolah-olah membawa ‘rezeki’ atau ‘hadiah’ buat penghuni rumah.

Tambahnya lagi, kucingnya yang berwarna putih hitam itu merupakan salah satu dari tiga kucing yang dibela olehnya, telah berubah menjadi pemburu sejak dia berpindah ke kawasan berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikannya di Tiktok, China dilihat membawa pulang barangan seperti. surat, gunting, pemetik api, malah kadang-kadang membawa objek yang lebih besar seperti mentol penyiram.

Pemilik Pening Kepala Dengan Tabiat Kucingnya Yang Suka Membawa ‘Hadiah’ Dari Jiran Pulang Ke Rumah - sajagempak.com

Selain itu, kucingnya itu juga telah mengumpulkan beg kacang jagung dan produk kitar semula seperti botol air. Monica juga memberitahu bahawa dia pernah menangkap China membawa stoking orang masuk kedalam rumah mereka.

Berbicara dalam satu temubual bersama The Dodo, Monica berkata: “Saya harus memastikan semua pintu dan tingkap ditutup agar dia tidak dapat keluar kerana dia selalu masuk dengan beberapa objek atau makhluk hidup di mulutnya.

Pemilik Pening Kepala Dengan Tabiat Kucingnya Yang Suka Membawa ‘Hadiah’ Dari Jiran Pulang Ke Rumah - sajagempak.com

“Dia akan bangun setiap pagi seolah-olah itu adalah tugasnya untuk keluar dan menyara keluarga.”

“Dia juga akan cepat-cepat berlari ke tanah kegemarannya untuk berguling-guling, dan kemudiannya dia pergi untuk mencuri.

“Dia pasti akan kembali dengan sesuatu, meletakkannya di pintu, duduk dan mengeow kepada saya.”

VIDEO:

Perkongsian Monica itu telah mencuri perhatian ramai netizen yang rata-ratanya kagum dan memuji kebolehan kucing tersebut membawa pulang ‘hadiah’ setiap hari untuk pemiliknya.

Facebook Comments Box