Pemilik Rumah Dikejutkan Dengan Kemunculan Tangan Cakar Berkuku Tajam Di Atas Siling Rumahnya

Seorang lelaki terkejut besar apabila menemui satu tangan berkuku tajam di rumahnya yang seakan-akan milik serigala jadian dalam filem.Pemilik Rumah Dikejutkan Dengan Kemunculan Tangan Cakar Berkuku Tajam Di Atas Siling Rumahnya

Lelaki dari Australian tersebut kemudiannya memuat naik gambar kuku tajam yang menembusi siling rumahnya yang dipercayai milik sesuatu makhluk di laman Reddit.

Perkongsikan lelaki itu di laman Reddit menjadi tumpuan ramai yang rata-rata terkejut, bimbang dan tertanya-tanya mengenai apakah makhluk yang mempunyai cakar tajam berkenaan.

Apa benda itu? Makhluk hidup ke bukan? Makhluk apa punyai tangan dan cakar tajam begitu? Apa itu serigala jadian?

Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran netizen selepas melihat gambar tersebut. Malah ada diantara mereka yang menyatakan tidak dapat tidur lena kerana terbayang-bayang akan cakar tangan berkuku tajam tersebut kalau-kalau tiba-tiba makhluk itu muncul di rumah mereka.Pemilik Rumah Dikejutkan Dengan Kemunculan Tangan Cakar Berkuku Tajam Di Atas Siling Rumahnya

Selain itu ramai juga yang bertanya sama ada tangan cakar tajam itu milik serigala jadian. Tapi apakah benar ada bukti serigala jadian benar-benar wujud di dunia ini atau hanya ‘wujud’ dalam filem sahaja?

Lelaki Autralia yang memuat naik gambar tersebut bagaimanapun kemudiannya menjawab semua persoalan netizen dengan memberitahu mereka apa benda itu sebenarnya.

Menurutnya, cakar tangan berkuku tajam itu adalah kepunyaan sejenis haiwan yang dipanggil Possum. Haiwan Possum ini cuba untuk memasuki biliknya melalui siling tandas di rumahnya.Pemilik Rumah Dikejutkan Dengan Kemunculan Tangan Cakar Berkuku Tajam Di Atas Siling Rumahnya

“Ada possum sebenarnya cuba masuk ke rumah dan ber­kenalan menerusi siling tandas,” ujarnya.

Possum merupakan sejenis haiwan yang mampu berpura-pura mati dan ketika itu mengeluarkan bau busuk hingga menyebabkan pemangsa yang datang segera menjauhinya.Pemilik Rumah Dikejutkan Dengan Kemunculan Tangan Cakar Berkuku Tajam Di Atas Siling Rumahnya

Kuku tajamnya biasanya digunakan untuk memanjat pokok yang tinggi.

Facebook Comments Box