Pemuda Orang Asli Menemui Makhluk Bigfoot, Didakwa Sering Muncul Bila Berlaku Hujan Panas

Sejak zaman dahulu lagi, kewujudan makhluk hutan misteri yang dikenali sebagai Bigfoot masih lagi menjadi teka-teki dan masih belum ada sesiapa yang pernah memberikan bukti sahih akan kewujudannya.Pemuda Orang Asli Menemui Makhluk Bigfoot, Didakwa Sering Muncul Bila Berlaku Hujan Panas - sajagempak.com

 

Meskipun banyak laporan mengenai penampakan makhluk menyerupai Bigfoot dilaporkan di seluruh dunia, tetapi sehingga sekarang masih tiada bukti kukuh akan kewujudan makhluk penunggu hutan ini meskipun ramai percaya ianya wujud.

Baru-baru ini seorang lelaki yang dikenali sebagai redduan1 di aplikasi TikTok berkongsikan satu video yang menarik perhatian ramai pengguna aplikasi berkenaan sehingga mencecah lebih 4 juta tontonan.Pemuda Orang Asli Menemui Makhluk Bigfoot, Didakwa Sering Muncul Bila Berlaku Hujan Panas - sajagempak.com

 

Dalam video perkongsikan pemuda Orang Asli ini yang berdurasi 25 saat, terlihat kelibat satu makhluk yang didakwa BIGFOOT dirakamkan di dalam hutan.

“Penunggu hutan gunung yang tanpa anda sedari.

“Perhatian kepada kaki hiking, pencinta hutan dan kaki pancing, makhluk ini cepat bertindak agresif,” katanya.Pemuda Orang Asli Menemui Makhluk Bigfoot, Didakwa Sering Muncul Bila Berlaku Hujan Panas - sajagempak.com

Menurut Redduan1, makhluk Bigfoot selalu muncul bila berlaku hujan panas dan menurut kepercayaan mereka iaitu masyarakat orang asli, makhluk ini wujud dari manusia keramat yang ghaib dalam keadaan kegilaan atau saintifik lebih dikenali sebagai Bigfoot.

Di ruangan komen, ramai betanyakan sama ada makhluk itu memang ‘real’ atau wujud dan ada juga yang ragu-ragu dengan kesahihan video bekenaan.Pemuda Orang Asli Menemui Makhluk Bigfoot, Didakwa Sering Muncul Bila Berlaku Hujan Panas - sajagempak.com

Ini kerana hampir kesemua video penampakan Bigfoot yang dilaporkan, boleh dikatakan hampir kesemuanya dirakam dari jauh dan tidak berapa jelas seperti video penampakan Bigfoot di Idaho, Amerika Syarikat baru-baru ini.

VIDEO:

Meskipun begitu, ramai orang yang masih percaya akan kewujudan Bigfoot ini dan semoga suatu hari nanti kita akan dapat bukti sahih mengenai kewujudannya dan segala persoalan mengenai makhluk penunggu hutan ini akan terjawab.

Facebook Comments Box