Seorang lelaki yang mencuri tiga tong gas berjaya disedari oleh jiran mangsa yang terus mengejar dan menangkapnya dan disertai oleh beberapa penduduk kampung.
Salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Boy memberitahu pencuri berkenaan pura-pura datang ke ke sebuah rumah penduduk di Pondok Damai di sini.
Katanya, ketika mangsa keluar sebentar, lelaki itu mengambil kesempatan masuk ke dalam rumah dan mencuri tiga tong gas memasak yang setiap satunya seberat tiga kilogram.
Bagaimanapun, tindakan lelaki itu disedari jiran mangsa yang terus mengejar suspek dan menangkapnya. Pencuri berkenaan kemudian diikat di tiang oleh penduduk kampung dan lehernya digantung dengan tiga tong gas yang dicurinya.
“Beberapa penduduk memukuI lelaki itu sebelum mengikatnya pada tiang elektrik.
“Seorang penduduk kemudian mengambil tong gas yang dicuri itu dan menggantung pada leher lelaki berkenaan,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu dipaksa menahan berat tong gas itu di lehernya selama hampir sejam sebelum anggota polis datang dan menahannya.
Walaubagaimanapun, polis menjelaskan pencuri lelaki berkenaan dibebaskan dengan amaran selepas mangsa tidak mahu membuat laporan atau kejadian tersebut.