Terdengar Bunyi Disebalik Pokok, Dua Pendaki Terkejut Kehairanan Menyedari Mereka Diekori Oleh Seekor ‘Makhluk Berbulu’ Bahkan Terus Diekori Hingga Paras 3000 Meter.Dua pendaki kehairanan apabila pendakian mereka ke Gunung Britsen di Switzerland disertai seekor kucing.
Haiwan tanpa tuan itu mengekori mereka hingga ke paras 3,000 meter biarpun ia terpaksa menempuh ribut salji.
Metro UK melaporkan, Cyril dan Erik Rohrer hairan apabila mendengar bunyi kucing di sebalik pokok ketika pendakian.
Kucing itu jauh daripada penempatan manusia di gunung berkenaan dan terus mengekori pendaki itu.
Cyril dan Erik percaya kucing itu tersesat dari rumah pemiliknya yang mungkin terletak di pekan berdekatan.
Ada kumpulan pendaki yang turun turut membawa bersama kucing berkenaan untuk disatukan semula dengan tuannya.
“Kami berada pada ketinggian 1,200 meter dan terdengar bunyi seperti kucing jam 4.30 pagi.
“Suasana gelap ketika itu menyebabkan kami curiga apabila mendengar bunyi sedemikian,” katanya.
Katanya, kucing itu kemudian terus mengikut mereka mendaki ke puncak dan ada masanya haiwan itu didukung kerana keadaan salji tebal di laluan pendakian.
Bagaimanapun, ketika hampir sampai ke puncak, kucing itu diserahkan kepada pasukan pendaki yang dalam perjalanan turun untuk disatukan kembali dengan pemiliknya.