Penduduk Bingung Air Pink Seperti Sirap Bandung Keluar Dari Paip Air

Penduduk di sebuah bandar di utara China buntu memikirkan punca kepada fenomena air bertukar merah jambu yang mengalir dari pair air di rumah mereka.sajagempak.com - Penduduk Bingung Air Berwarna Pink Seperti Sirap Bandung Keluar Dari Paip Air

Menurut Daily Mail, kejadian itu berlaku di bandar Shuozhoy, dekat wilayah Shanxi awal minggu ini.

Pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu selepas tular beberapa klip video mengenai fenomena air merah jambu ini.

Paparan video juga menunjukkan rakaman beberapa penduduk menunjukkan air keluar warna pink dari paip bilik mandi serta dapur.

sajagempak.com - Penduduk Bingung Air Berwarna Pink Seperti Sirap Bandung Keluar Dari Paip Air

Kejadian berlaku satu hingga dua hari itu juga terjadi di bangunan kediaman sebuah sekolah menengah yang menempatkan beberapa orang guru dan keluarga mereka.

“Ini berlaku sehari atau dua hari lalu. Kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku,” kata jurucakap sekolah berkenaan.

sajagempak.com - Penduduk Bingung Air Berwarna Pink Seperti Sirap Bandung Keluar Dari Paip Air

Fenomena aneh itu sehingga kini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan hasil keputusan juga masih belum diperoleh.

Berkemungkinan juga warna merah jambu itu adalah hasil tindakbalas bahan oksidan iaitu potassium permanganate (KMnO4) dan sodium permanganate (NaMnO4), yang ditambah secara berlebihan dalam air mentah ketika proses rawatan air dilakukan.

VIDEO:

Sumber: Daily Mail

Facebook Comments Box