Penduduk Dilanda Ketakutan, Cahaya Misteri Muncul Silih Berganti Selepas Gempa Bumi Berlaku

Satu gempa bumi berukuran 7.1 magnitud telah melanda kawasan kira-kira lebih 10 kilometer dari bandar pelancongan, Acapulco, Mexico. Penduduk Dilanda Ketakutan, Cahaya Misteri Muncul Silih Berganti Selepas Gempa Bumi Berlaku - sajagempak.comGempa Bumi itu telah menyebabkan huru-hara berlaku di bandar dan menyebabkan beberapa bangunan, jalan raya dan kediaman rosak hingga menyebabkan orang ramai ketakutan dan melarikan diri dari rumah mereka ke jalan besar.

Tiada ada kerosakan yang serius berlaku berpunca dari gempa Bumi itu yang dilaporkan, tetapi seorang lelaki maut setelah ditimpa sebatang tiang tenaga berdekatan bandar Coyuca de Benitez.

Namun tidak lama kemudian, sesuatu yang aneh telah berlaku. Di langit bandaraya Mexico City tiba-tiba sahaja muncul beberapa cahaya misteri yang tidak diketahui puncanya hingga menyebabkan orang ramai ketakutan.Penduduk Dilanda Ketakutan, Cahaya Misteri Muncul Silih Berganti Selepas Gempa Bumi Berlaku - sajagempak.com

Kejadian aneh itu menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk hingga ada yang mengatakan hari kiamat sedang berlaku di tempat mereka. Lagi yang membuatkan mereka takut adalah disebabkan cahaya-cahaya misteri itu muncul sebaik sahaja mereka dilanda gempa Bumi.

Beberapa pengguna media sosial memuat naik banyak video yang menunjukkan fenomena ganjil itu dengan menggunakan nama ‘Apocalipsis’ dalam bahasa Spanish yang bermaksud dunia sudah kiamat (apocalypse).

Penduduk Dilanda Ketakutan, Cahaya Misteri Muncul Silih Berganti Selepas Gempa Bumi Berlaku - sajagempak.com

Walaubagaimanapun seorang pakar fizik dari Universiti Rutgers, Profesor Troy Shinbrot memberitahu agar jangan bimbang dengan cahaya-cahaya tersebut. Jelasnya lagi, cahaya-cahaya itu bukan petanda dunia berakhir.Penduduk Dilanda Ketakutan, Cahaya Misteri Muncul Silih Berganti Selepas Gempa Bumi Berlaku - sajagempak.com

Ini kerana menurutnya, cahaya-cahaya misteri itu bukan pertama kali dilihat, dan hari kiamat pasti sudah berlaku beribu tahun dahulu ketika ianya pertama kali dilihat jika benar cahaya misteri itu petanda hari kiamat.

Profesor Troy Shinbrot berkata cahaya-cahaya yang dipanggil ‘earthquake lights’ itu sudah pernah direkodkan banyak kali dalam sejarah dan berlaku agak kerap.

Beberapa orang saintis berpendapat cahaya-cahaya ini yang berlaku selepas gempa Bumi adalah disebabkan geseran batu yang berlaku di kerak Bumi yang melepaskan tenaga ke atmosfera dan kemudiannya menghasilkan kilatan cahaya di permukaan Bumi. – Nangtime.com

Facebook Comments Box