Penduduk Terkejut Melihat ‘Bigfoot’ Bersaiz Besar Dan Gagah Di Idaho

Sejak dulu lagi, Bigfoot merupakan salah satu makhluk misteri yang sehingga kini masih belum dipastikan kesahihannya sama ada ianya betul-betul wujud ataupun tidak.Makhluk 'Bigfoot' Bersaiz Besar Dan Gagah Didakwa Ditemui Di Idaho - sajagempak.com

Bigfoot digambarkan sebagai makhluk berbulu yang seakan gorila atau beruk dan mempunyai ketinggian sekitar 2-3 meter dan berat sekitar 200 – 500 kg. Pendek kata, bigfoot mempunyai saiz yang lebih kurang 2,3 kali ganda saiz manusia biasa.

Baru-baru ini tular satu video mendakwa makhluk Bigfoot ditemui di Idaho, Amerika Syarikat. Dalam video berkenaan, satu makhluk yang kelihatan besar dan gagah ditemui sedang berjalan di kawasan hutan.

Makhluk 'Bigfoot' Bersaiz Besar Dan Gagah Didakwa Ditemui Di Idaho - sajagempak.com
Kredit: Ny Tv (Youtube)

Video yang dimuat naik ke youtube oleh channel Nv Tv itu mengejutkan ramai pihak dan sehingga ini telah mencecah lebih 325 ribu tontonan.

Meskipun ada yang berpendapat makhluk tersebut kemungkinan manusia yang melakukan penyamaran, tetapi menurut laporan Independant, pendapat itu agak lemah kerana saiznya yang terlampau besar dan juga makhluk itu dikatakan terlalu ‘detail’ untuk penyamaran manusia.

Penampakan makhluk seakan Bigfoot di Idaho bukan perkara baru malah menurut The Bigfoot Field Researchers Organization, hampir 100 laporan mengenai penampakan makhluk seakan Bigfoot di Idaho yang dilaporkan sehingga kini.

Makhluk 'Bigfoot' Bersaiz Besar Dan Gagah Didakwa Ditemui Di Idaho - sajagempak.com
Kredit: Ny Tv (Youtube)

Untuk pengetahuan, Idaho kawasan yang paling sering melaporkan penampakan UFO (objek terbang tidak dikenali) di negara berkenaan.

VIDEO:

Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak yakin dengan laporan penemuan ‘Bigfoot’ tersebut dan mengatakan ianya merupakan satu lagi Hoax.

Kredit video: Ny Tv

Facebook Comments Box