Penemuan Ratusan Tengkorak Purba Berbentuk Kon Yang Didakwa Milik Makhluk Asing

Satu penemuan yang mengejutkan berlaku di Peru apabila ratusan tengkorak purba telah ditemui di wilayah Paracas, Peru. Apa yang lebih mengejutkan adalah kesemua tengkorak tersebut adalah didakwa milik makhluk asing dari angkasa lepas.Penemuan Ratusan Tengkorak Purba Berbentuk Kon Yang Didakwa Milik Makhluk Asing - sajagempak.com

Menerusi hantaran di facebook yang sudah dibuang, video yang dipaparkan menunjukkan tengkorak yang asalnya ditemui oleh seorang ahli arkeologi, Julio Tello pada tahun 1920-an itu berbentuk agak aneh kerana berbentuknya kon.

Dalam video dimuatnaik di youtube, seorang lelaki didapati medang memegang tengkorak-tengkorak tersebut dan memuatnaik status berbunyi ‘Saya menemui tengkorak yang aneh dan tidak sempurna di pergunungan Huancavelica.’

Menerusi laporan daripada akhbar USA Today, mengatakan konspirasi tular berkenaan mendakwa soket mata dan kelonjongan bentuk tengkorak itu adalah ‘bukti’ bahawa makhluk asing pernah mendarat di bumi.Penemuan Ratusan Tengkorak Purba Berbentuk Kon Yang Didakwa Milik Makhluk Asing - sajagempak.com

Bentuk pelik tengkorak tersebut dimana kelonjongan betuk tengkorak itu menguatkan spekulasi bahawa ianya merupakan milik makhluk asing.

Meskipun begitu, beberapa orang pakar turut berpendapat bahawa tengkorak-tengkorak yang ditemui itu sebenarnya milik manusia zaman purba. Mereka percaya bentuk tengkorak itu kelihatan kon panjang kerana tekanan pada kepala pemiliknya sepanjang hayat hidupnya.Penemuan Ratusan Tengkorak Purba Berbentuk Kon Yang Didakwa Milik Makhluk Asing - sajagempak.com

“Soket matanya kelihatan normal dan masih dalam julat variasi manusia selain kelihatan seperti tengkorak lain dari Peru,” kata Pakar Antropologi Peru, Profesor Melissa S. Murphy.

Penduduk purba di Peru juga dipercayai sering memakai penutup kepala yang ketat untuk menghasilkan bentuk tengkorak yang luar biasa pada zaman dahulu.

Facebook Comments Box