Sedangkan di Bumi ini pun masih terdapat banyak lagi makhluk dan hidupan yang belum kita ketahui apatah lagi di alam semester yang luasnya tidak terhingga yang sudah pasti ada hidupan lain yang kita gelar makhluk asing.
The Sun melaporkan di negara China, penemuan beberapa relik ganjil dan pelik telah menyumbang kepada teori makhluk asing kuno pernah menjajah negara tersebut
Tumpuan kepada relik di Sanxingdui itu berlaku ketika China memulakan penyiasatan sendiri berhubung objek terbang tidak dikenali (UFO).
Peninggalan bersejarah di wilayah Sichuan, barat daya China ditemui oleh seorang penduduk kampung pada 1929 dan berusia 3,000 tahun lalu semasa Zaman Gangsa.
Namun, penemuan artifak yang bermuka aneh dan bertelinga besar dan runcing seperti wajah makhluk asing telah mencetuskan teori bahawa makhluk angkasa lepas itu telah datang ke China.
“Beberapa patung dewi yang artistik tidak boleh didakwa sebagai makhluk asing,” kata Lei Yu yang merupakan ahli arkeologi Institut Penyelidikan Peninggalan dan Arkeologi Wilayah Sichuan.
Ahli arkeologi China baru-baru ini menemui lebih daripada 500 relik di enam lubang korban kuno yang diperbuat daripada batu zamrud yang serupa dengan relik asal yang ditemui.
Ahli arkeologi percaya bahawa tapak itu adalah bekas ibu kota akhir Dinasti Xia yang memerintah dari tahun 2070-1600 Sebelum Masihi (SM).
Laporan Pentagon Amerika Syarikat (AS) yang ditunggu-tunggu tentang UFO diterbitkan bulan lalu.
Dalam dokumen itu, pegawai-pegawai Pentagon berkata, biarpun tidak menemui apa-apa bukti tentang rakaman UFO oleh anggota tentera laut AS yang menunjukkan kehadiran makhluk asing, teori itu tidak boleh disingkirkan.
Luis Elizondo yang mengetuai Program Pengenalan Ancaman Aeroangkasa Lanjutan (AATIP) berkata, China mungkin berusaha untuk menerajui bidang siasatan mengenai UFO.
Luis Elizondo juga memberitahu teknologi UFO (Unidentified flying object) juga diyakini bukannya teknologi Amerika Syarikat, Rusia mahupun China. Oleh itu dia meminta orang ramai berfikiran terbuka akan kemungkian lain termasuk kewujudan makhluk asing.
“Kami yakin bahawa kita sedang berhadapan dengan teknologi yang berada beberapa generasi di depan. Sudah berada di depan teknologi yang saat ini kita anggap sebagai next generation technology. Teknologi yang berada antara 50 sampai 1000 tahun di depan kita,” jelas
Luis Elizondo.