Pengawal Keselamatan Hanya Mampu Beri RM30 Duit Belanja Anaknya Di Universiti Untuk Sebulan

Disaat anak orang lain berasa selesa berada di menara gading, terdapat anak orang lain juga sedang berjuang dengan sanggup mengikat perut sambil belajar bersungguh-sungguh ketika berada di tempat yang sama.Pengawal Keselamatan Hanya Mampu Beri RM30 Duit Belanja Anaknya Di Universiti Untuk Sebulan

Seorang pengguna Twitter, Azlan Shah @azlanshahnk berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang bapa yang sanggup berkorban wang ringgit terakhir di poket sendiri demi memelihara pendidikan anak lelaki yang sedang melanjutkan pengajian di universiti.

Ketika dia sedang bersenam, Azlan disapa oleh seorang pengawal keselamatan yang sudah berusia dan bertanya sama ada dia mempunyai akaun CIMB.

Ketika Azlan menjawab dia ada akaun bank itu, pak cik pengawal ini bertanya bolehkah Azlan membantunya memindahkan wang ke dalam akaun anaknya dan dia akan memberikan wang tunai kepadanya.

Azlan bertanya berapa banyak wang yang perlu dipindahkannya, dan pak cik itu memintanya untuk memindahkan RM30.

 

Pengawal Keselamatan Hanya Mampu Beri RM30 Duit Belanja Anaknya Di Universiti Untuk Sebulan

Azlan kemudian ingin tahu berapa lama anaknya itu dapat bertahan dengan hanya diberi wang belanja RM30?

Jawab pak cik itu, “Selagi dia boleh bertahan. Dia kata ada kena beli buku sekarang. Kalau habis, dia akan minta lagi. Saya betul-betul tengah ketat sekarang.”

Azlan bertanya sama ada anaknya itu mendapat biasiswa atau bantuan pinjaman kerajaan, dan pak cik itu berkata tidak ada kerana dia menanggung sendiri pendidikan anaknya.Pengawal Keselamatan Hanya Mampu Beri RM30 Duit Belanja Anaknya Di Universiti Untuk Sebulan

Kata Azlan, “Sebahagian kita, RM30 adalah kos harian untuk memesan penghantaran makanan tetapi sebahagian orang lain, itu adalah kos perbelanjaan yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk bertahan selama beberapa minggu atau bahkan berbulan.”

Azlan mengakhiri bebenangnya dengan menulis, situasi seperti ini akan terus mengingatkan kita untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada kerana kita tidak pernah tahu apa yang sedang dilalui oleh orang lain.

Wang belanja RM30 tidak banyak, yang semestinya menjadi rungutan buat ramai orang pada hari ini, tetapi keperitan dan pengorbanan yang ditanggung oleh seorang bapa untuk mendapatkan RM30 demi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemberi nafkah keluarga benar-benar menyentuh hati dan menginsafkan.

Sumber: Erabaru

Facebook Comments Box