Beberapa orang pengunjung di Baja California Sur terkejut besar apabila menemui seekor haiwan aneh berwarna merah jambu yang kelihatan seperti cacing.
Makhluk aneh itu kelihatan seperti cacing tapi bila dilihat dengan teliti, makhluk tersebut didapati mempunyai dua tangan atau kaki di hadapannya.
Namun sebenarnya makhluk aneh ini bukannya mana-mana spesies cacing dan juga bukan spesis ular tapi merupakan salah satu spesis cicak yang dikenali sebagai Mexican Mole Lizard!
Beberapa tahun dahulu. seorang penyelidik hepatologi dari Universiti Newark bersama dengan graduan University of California Berkeley telah menemui seekor haiwan pelik berwarna merah jambu yang kelihatan seperti cacing, tapi ianya mempunyai kaki, mata dan kepala.
Menurut penyelidik wanita ini, meskipun dia mengenali spesis haiwan tersebut, dia tetap terperanjat besar dan seakan tidak percaya saat melihat Mexican Mole Lizard di depan matanya sendiri.Lebih-lebih lagi cicak ini agak jarang untuk dijumpai di permukaan tanah kerana lebih banyak menghabiskan masa mereka dalam tanah.
Ciri-ciri unik Mexican Mole Lizard ini adalah kedua-dua tangan atau kaki di hadapannya yang sangat kuat yang digunakannya mengorek dan menggali lubang dibawah tanah.Cicak ini menghabiskan sebahagian besar daripada hidup mereka di dalam tanah dan biasanya hanya akan keluar ke permukaan tanah pada waktu malam atau jika ada hujan yang lebat.
VIDEO:
Mexican Mole Lizard ini adalah endemik di Baja California Sur dan hidup dengan memakan serangga. Selain itu, cicak ini tidak berbahaya tekepada manusia.