Penumpang Mahu Bersalin, Pesawat Terpaksa Dilencongkan

Sebuah pesawat domestik AirAsia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah, terpaksa dilencongkan ke Miri selepas salah seorang penumpang sarat mengandung menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.sajagempak.com - Penumpang Mahu Bersalin, Pesawat Terpaksa Dilencongkan

Memetik laporan Utusan Borneo hari ini, susulan itu, pesawat AK5194 yang membawa 130 penumpang dan enam anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri pada jam 5.28 petang.

Pengurus Lapangan Terbang Miri, Zainal Abidin Harun berkata, sebaik sahaja mendarat, penumpang tersebut dihantar ke Hospital Miri.

“Pesakit selamat dihantar ke hospital dan melahirkan bayi lelaki pada jam 5.58 petang.

sajagempak.com - Penumpang Mahu Bersalin, Pesawat Terpaksa Dilencongkan

“Pesakit berasal dari Sandakan dan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur,” katanya.

Zainal Abidin berkata, penerbangan ke Sandakan kemudian diteruskan pada jam 6.27 petang tanpa penumpang tersebut.

sajagempak.com - Penumpang Mahu Bersalin, Pesawat Terpaksa Dilencongkan

Terima kasih kepada semua staff dan krew AirAsia yang telah membantu wanita ini dengan tindakan pantas demi kebaikan dan keselamatan ibu dan bayi.

Sedikit nasihat untuk para ibu yang hamil, dipetik daripada website AirAsia :

Kami sangat-sangat mengesyorkan agar anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengembara pada bila-bila masa sepanjang kehamilan anda.

  1. Supaya lebih selamat, dapatkan surat daripada doktor anda. Tarikh surat ini tidak sepatutnya melebihi 30 hari pada hari perjalanan (penerbangan keluar DAN pulang)
  2. Anda tidak akan – dan tidak sepatutnya – mendapat kebenaran doktor sekiranya kehamilan anda dianggap berisiko tinggi.
  3. Untuk perjalanan pulang, sila pertimbangkan tarikh jangkaan kelahiran bayi anda. Dan sebelum anda merancang penerbangan rentas negara atau antarabangsa, bayangkan bagaimana anda akan rasa sesak dan terbatas di tempat duduk untuk berjam-jam lamanya.

sajagempak.com - Penumpang Mahu Bersalin, Pesawat Terpaksa Dilencongkan

Penting! Terma & Syarat:

Menjadi kewajiban penumpang hamil untuk memberitahu kami tentang tahap kehamilan mereka ketika menempah Tempat Duduk dan di kaunter daftar masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/Airasia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.

Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk): Tetamu perlu menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan. Surat akuan doktor itu mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan. Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/Airasia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.

Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: pengangkutan dalam penerbangan AirAsia/AirAsia X tidak dibenarkan.

Facebook Comments Box