Pernah Diejek Dan Dibuli Kerana Tanda Lahir Pada Wajah, Gadis Ini Tekad Tidak Mahu Buang

Memiliki tanda lahir yang unik di wajahnya sejak lahir, seorang gadis berusia 19 tahun menjadi tular selepas memuat naik video di aplikasi TikTok. Gadis yang dikenali sebagai Ika Masriana itu aktif memuat naik video di TikTok sejak 2018.Pernah Diejek Dan Dibuli Kerana Tanda Lahir Pada Wajah, Gadis Ini Tekad Tidak Mahu Buang

Ika mengakui pernah berasa kurang yakin akibat dibuIi oleh rakan-rakannya yang kerapkali mengejek penampilan wajahnya disebabkan tanda lahir yang dimilikinya.

Walaubagaimanapun, Ika berkata dirinya sudah tidak sedih kerana sudah terbiasa dan menerima keunikkan yang dimiliknya seadanya.

“Tanda lahir ini sudah ada sejak saya dilahirkan. Ia tidak berubah. Pada masa itu, ketika saya berusia lima tahun, saya baru dapat tahu mengenainya,” kata Ika Masriana.

Gadis ini malah tampil lebih yakin dengan membuat beberapa video cover di TikTok dan mengambil foto OOTD di akaunnya.Pernah Diejek Dan Dibuli Kerana Tanda Lahir Pada Wajah, Gadis Ini Tekad Tidak Mahu Buang - sajagempak.com

“Sudah biasa macam tu. Saya suka bermain TikTok. Saya telah berdamai dengan diri sendiri,” jelasnya.

Menceritakan pengalamannya yang pernah menjadi mangsa buli, Ika menceritakan pengalamanya apabila segelintir pembuli pernah memanggilnya dengan geIaran binatang.

“Ya, saya diganggu, rakan sekelas saya pernah mengatakan saya keIihatan seperti M0nyet, 0rang utan,” katanya.

“Saya pernah bertanya kepada ibu bapa saya. Mereka jawab syukur sahaja,” lanjutnya lagi.

Tidak Mahu Buang Tanda Lahir

Meskipun begitu, Ika dengan lembutnya bertegas bahawa dia tidak membuang tanda lahir pada wajahnya itu dan mempunyai alasan yang tersendiri berbuat keputusan sedemikian.

Pernah Diejek Dan Dibuli Kerana Tanda Lahir Pada Wajah, Gadis Ini Tekad Tidak Mahu Buang - sajagempak.com

“Saya tidak mahu membuangnya. Kerana saya bersyukur dengan apa yang diberikan tuhan. Pada masa lalu, ayah pernah terfikir untuk membuangnya. Tetapi pada akhirnya datuk saya menghentikan keputusan tersebut kerana ada baiknya bersyukur,” jelasnya.

Memiliki tanda lahir yang besar pada wajahnya, Ika mengakui bahawa dia tidak merasakan apa-apa dan berasa seperti kulit wajahnya biasa sahaja.

Ika juga turut gembira kerana dapat menjadi memberi inspirasi kepada orang ramai. Menurut Ika lagi, ketika dia berasa rendah diri dulu, seseorang pernah meyakinkannya bahawa semua manusia adalah sama.

Facebook Comments Box