Piring Terbang UFO Ditemui Mendarat Di Belakang Rumah, Netizen Perasan Seakan Ada Mata Berkelipan Di Dalamnya

Sehingga hari ini, kewujudan UFO atau objek terbang tidak dikenalpasti masih lagi menjadi misteri. Sejak dulu lagi, UFO seringkali dikaitkan dengan kedatangan makhluk asing dari angkasa lepas ke Bumi namun belum ada bukti yang benar-benar sahih yang pernah didedahkan kepada orang awam.Piring Terbang UFO Ditemui Mendarat Di Belakang Rumah, Netizen Perasan Seakan Ada Mata Berkelipan Di Dalamnya - sajagempak.com

Baru-baru ini tular mengenai seorang wanita yang mendakwa makhluk asing telah mendarat di belakang rumahnya. Wanita yang dikenali sebagai Ally Murray itu mendakwa telah menemui satu objek terbang tidak dikenali (UFO) yang berbentuk piring terbang milik mahkluk asing di belakang rumahnya yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat.

Wanita ini juga sempat mengambil video lokasi ‘UFO’ tersebut dibelakang rumahnya yang dikelilingi pokok-pokok hutan. Selepas memuatnaik video tersebut di TikToknya @allymurray222, video tersebut telah mencecah lebih 3 juta tontonan.Piring Terbang UFO Ditemui Mendarat Di Belakang Rumah, Netizen Perasan Seakan Ada Mata Berkelipan Di Dalamnya - sajagempak.com

“Jika ada sesiapa daripada Conspiracy TikTok di sini, saya ingin memberitahu ada perkara menarik kerana sudah menemui UFO di belakang rumah.

Menurut Ally, dia merasakan makhluk asing mengambil keputusan meninggalkan piring terbang berbentuk bulat di kawasan belakang rumahnya.

Piring Terbang UFO Ditemui Mendarat Di Belakang Rumah, Netizen Perasan Seakan Ada Mata Berkelipan Di Dalamnya - sajagempak.com

Walaubagaimanapun, ramai orang yang mempersoalkan dakwaan wanita itu lebih-lebih lagi mengenai UFO yang diperkatakannya. Mereka beranggapan benda berbentuk seakan piring terbang UFO itu hanyalah dua piring satelit lama yang dicantumkan semula dan ada juga yang yang mendakwa ianya hanyalah tangki air binatang liar yang sengaja diletakkan disitu.

Piring Terbang UFO Ditemui Mendarat Di Belakang Rumah, Netizen Perasan Seakan Ada Mata Berkelipan Di Dalamnya - sajagempak.com

Ally kemudiannya merakamkan video bahagian dalaman ‘UFO’ tersebut, dimana ada netizen yang mendakwa melihat benda seakan bola mata yang kelihatan berkelip.

VIDEO:

Walaubagaimanapun ada juga yang menolak pendapat itu dengan mengatakan ianya hanya sekadar refleksi air.

 

Facebook Comments Box