Polis Digantung Tugas Kerana Menangkap Kanak-kanak 6 Tahun

Gara-gara menangkap dua orang kanak-kanak berusia 6 tahun kerana masalah disiplin di sekolah, pengawai polis telah digantung tugas.sajagempak.com - Polis Digantung Tugas Kerana Menangkap Kanak-kanak 6 Tahun

MIAMI: Pegawai polis Florida digantung tugas dan disiasat selepas menangkap dua budak berusia enam tahun bagi dua masalah disiplin di sekolah mereka, kata polis dan pendakwa raya semalam.

Dennis Turner menangkap kanak-kanak berkenaan Khamis lalu ketika bertugas sebagai pegawai sumber di sekolah di Orlando, mendakwa mereka dengan kesalahan kecil, kata Peguam Negeri Florida, Aramis Ayala.

Ayala berkata, Ketua Polis Orlando, Orlando Rolon, memberitahunya beliau tidak berhasrat mendakwa kanak-kanak berkenaan dan meminta dakwaan digugurkan.

sajagempak.com - Polis Digantung Tugas Kerana Menangkap Kanak-kanak 6 Tahun

Katanya, beliau meneliti untuk membuang rekod penangkapan daripada rekod kedua-dua kanak-kanak itu.

“Kanak-kanak yang masih amat muda ini perlu dilindungi, diasuh dan didisiplinkan dalam bentuk yang tidak bergantung kepada sistem keadilan jenayah untuk melakukannya.

“Sistem bukan untuk membesarkan anak kita,” kata Ayala.

Nenek kepada salah seorang budak perempuan berusia enam tahun itu memberitahu stesen televisyen WKMG, beliau marah apabila mendengar cucunya ditangkap.

sajagempak.com - Polis Digantung Tugas Kerana Menangkap Kanak-kanak 6 Tahun

“Budak berusia enam tahun tidak sepatutnya memberitahu orang lain mereka pernah digari,” kata Meralyn Kirkland.

Seorang lagi ialah budak lelaki tetapi tiada butiran lanjut diperoleh mengenainya.

Terdapat banyak cara untuk memberikan pengajaran kepada budak-budak yang umur masih sangat mentah seperti umur 6 tahun ini selain terus menangkap mereka, tindakan untuk membuang rekod penangkapan mereka mungkin adalah tindakan yang tepat sekali.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box