Polis Temui Seribu Janin Disimpan Di Peti Sejuk, Terima Maklumat Sekumpulan Individu Bawa Beg Hitam

Hanoi: Polis menemui lebih 1,000 janin manusia disimpan dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong di sini, selepas menerima maklumat berhubung sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan itu.Polis Temui Seribu Janin Disimpan Di Peti Sejuk, Terima Maklumat Sekumpulan Individu Bawa Beg Hitam

Akhbar Kinh te & Do Thi melaporkan polis mengawasi kumpulan itu sehingga ke apartmen terbabit.

Pasukan keselamatan kemudiannya menyerbu pangsapuri itu dan menemui dua peti sejuk besar yang dipenuhi beg hitam.

Pemeriksaan lanjut mendapati beg hitam itu mengandungi janin manusia dan empat orang ditahan untuk disoal siasat.

Peti penyejuk beku dan janin kemudian ditempatkan di rumah pengebumian daerah sementara menunggu siasatan.

Siasatan awal polis menunjukkan keempat-empat suspek sering mengumpul janin hasil pengguguran daripada klinik dan tempat pembuangan sampah di bandar dan mengatur pengebumian yang sesuai.

Mereka melakukan pengebumian di Thanh Oai dan Soc Son di Hanoi dan di Wilayah Nam Dinh.

Bagaimanapun, oleh kerana jarak yang sangat jauh di antara kawasan berkenaan, kumpulan itu menyimpan janin di dalam peti sejuk terlebih dulu.

Polis Temui Seribu Janin Disimpan Di Peti Sejuk, Terima Maklumat Sekumpulan Individu Bawa Beg Hitam
Gambar Hiasan

Walaupun polis menyatakan kes tidak berunsur jenayah, tetapi pihak berkuasa tempatan berkata, ia menyebabkan masalah alam sekitar mengenai cara janin ditangani dan disimpan.

Vietnam adalah antara negara yang mencatatkan kadar pengguguran janin tertinggi di dunia, menurut laporan rasmi kesihatan.

Jabatan Ibu dan Kanak-kanak di bawah Kementerian Kesihatan merekodkan 14 kes pengguguran janin dalam 100 kelahiran pada 2018. Antara sebab pengguguran dilakukan adalah kerana pemilihan jantina bayi selain kekurangan pendidikan seksual.

Malah, hubungan seksual tanpa nikah masih dianggap tabu menyebabkan gadis muda berdepan kecaman masyarakat sekiranya didapati hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Facebook Comments Box