Baru-baru ini tular perkongsian seorang anggota polis yang dikenali sebagai Asrul Jamaluddin yang memuat naik video ‘pegawainya’ yang dengan seorang lelaki pengutip barang-barang terpakai.
Dalam video perkongsiannya, ketika mereka meronda buat pemantauan, mereka ternampak seorang pakcik yang sedang mengayuh basikal dan juga nampak dia kutip barang-barang terpakai.
Kemudiannya, pegawainya terus meminta untuk berpatah balik dan ikut pakcik itu menyuruhnya berhenti di tepi. Asrul terkejut dengan tindakan pegawainya (Inspektor Saravanan Gunasekaran) itu dan pada masa yang sama dia terfikir apa pakcik itu ada melakukan apa-apa kesalahan atau tidak.
Alangkah terkejut Asrul apabila Tuan Sara (gelaran pegawai polis) terus keluar dari kereta peronda dan menuju kearah pakcik itu.Namun kemudian dia terharu dan tersentuh apabila mengetahui tuan Sara itu rupanya mahu membantu pakcik itu dengan menghulurkan sedikit wang belanja.
Perkongsian Asrul kemudiannya menjadi tular dan mendapat perhatian ramai sehingga Laman Facebook Polis Diraja Malaysia memuat naik kembali video berkenaan.
VIDEO:
Polis Dari IPD Kerian
Pihak Polis Diraja Malaysia mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada Inspektor Saravanan Gunasekaran bersama rakan setugas Sarjan Asrul Shafawi Jamaluddin dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian kerana memberi teladan yang baik buat semua.
Rata-rata netizen berterima kasih kepada pegawai polis ini dan gembira melihat pihak berkuasa bersikap prihatin dan suka membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.